Botol minuman produk Malaysia telah ditemui oleh seorang peguam yang tinggal di Pulau Reunion, Creissen Philippe. Beliau telah memuat naik gambar-gambar itu di laman Twitternya.
Gambar yang dimuat naik memaparkan tiga botol air mineral yang dilabel ‘Cactus’ ‘Life’ dan satu lagi yang mempunyai label China.
“#MH370 Botol baru produk Malaysia ditemui di pantai (Saint-André- Réunion)”
Terdahulu, Sky News melaporkan tentang penemuan pintu pesawat yang terdampar di pantai Pulau Reunion. Walau bagaimanapun, kesahihan penemuan ini masih belum disahkan oleh pihak berkuasa. Antara barangan lain yang ditemui sebelum ini adalah bekas peluntur, beg pakaian, dan flaperon.
Walaupun pada awalnya flaperon itu disahkan sememangnya dari Boeing 777 tetapi ia bukan satu pengesahan bahawa ia adalah milik pesawat MH370 yang hilang.
Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac tahun lepas selepas satu jam meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal.
[Sumber]