Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan Turner Broadcasting System Asia Pasific melancarkan Boomerang, sebuah jenama terkenal bagi golongan kanak-kanak yang menampilkan siri-siri animasi dan kartun.
Saluran tersebut kini boleh ditonton di Saluran 555 HyppTV bermula 1 Ogos dengan dua bulan tempoh tontonan secara percuma sehingga 30 September 2015. Saluran ini boleh didapati dalam dua pilihan bahasa – Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Boomerang merupakan rangkaian animasi sepenuhnya dengan himpunan program kartun kontemporari yang bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak malah turut boleh dinikmati bersama ahli keluarga mereka.
Saluran ini menawarkan secara eksklusifnya, kandungan terbaharu termasuk episod terbaharu kartun-kartun kegemaran ramai seperti Tom and Jerry dan Looney Tunes serta siri premium seperti Garfield, Pink Panther and Pals, Strawberry Shortcake, My Little Pony, Inspector Gadgets dan Turbo Fast serta dua siri kartun Dragons, Dragons: Riders of Berk dan Dragons: Defenders of Berk.
Penonton-penonton juga boleh menantikan rancangan dan episod terkini kartun kegemaran mereka seperti Wabbit, Mr.Bean dan Be Cool, Scooby-Doo yang akan menemui anda akhir tahun ini.
Boomerang boleh ditonton di saluran 555 HyppTV dengan format Definisi Tinggi (HD) tanpa bayaran tambahan untu HD, dan boleh dilanggan bermula 1 Oktober 2015 dengan pilihan secara ala carte , pada harga RM9 sebulan atau dengan HyppTV Jumbo Pack pada harga RM63.60 sebulan.
Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, anda boleh ke:
- Laman web – www.tm.com.my/hypptv
- Facebook – www.facebook.com/hyppworld
- Twitter – www.twitter.com/hyppworld
- Instagram – www.instagram.com/hyppworld
- Youtube – www.youtube.com/tmofficialtube