Kegilaan terhadap Cushion, yang dimulakan di Korea, kini melanda segenap pelosok dunia dan mencetus revolusi dalam rutin mekap bagi wanita di seluruh dunia. AMOREPACIFIC, syarikat produk kecantikan terbesar di Korea Selatan yang juga pemilik jenama popular seperti LANEIGE, ETUDE HOUSE dan Innisfree.
Hari ini mengumumkan bahawa jualan global kumulatif bagi kesemua produk Cushion di bawah jenama miliknya akan dijangka mencecah lebih 50 juta unit pada bulan Januari 2015. Angka ini jelas menunjukkan Gelombang Korea telah tersebar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Asia dan seluruh dunia.
‘Cushion’ merujuk kepada kompak mekap yang dihasilkan daripada busa urethane yang direka khusus dan selamat bagi mengawal dan mengekalkan cecair mekap yang terdiri daripada bedak asas, pelindung matahari dan formula penjagaan kulit. Produk semua-dalam-satu yang inovatif ini telah mengubah rutin mekap asas bagi wanita di seluruh dunia, memberikan sentuhan kemasan mekap yang mudah dan pantas untuk menyerlahkan kulit tanpa cela di mana sahaja.
Pada tahun 2014, satu Cushion AMOREPACIFIC telah dijual setiap 1.2 saat dan dicuba dan digunakan oleh 75% wanita Korea. Cushion’ telah mengubah tabiat mekap wanita Korea dengan mengurangkan langkah-langkah dan memendekkan masa yang diperlukan untuk mendapat rupa kulit yang mereka idamkan.
Sebanyak 76% daripada pengguna wanita Korea menyatakan bahawa dengan Cushion, mereka kini dapat mengenakan semula mekap dan pelindung matahari dengan mudah, sementara 55% wanita pula memberikan maklum balas yang Cushion adalah satu-satunya produk mekap asas mereka. Kaji selidik ini juga menunjukkan bahawa 8 lebih daripada 10 jenama Cushion yang paling digemari adalah daripada kategori ciptaan AMOREPACIFIC, termasuk IOPE dan Laneige.
Dipelopori oleh fenomena K-pop, pengaruh K-kecantikan semakin berleluasa. Menurut kaji selidik pada tahun 2013 oleh Pertubuhan Pelancongan Korea, lebih 50% daripada pengunjung asing ke negara itu telah membeli produk kosmetik Korea. ‘Cushion’ telah diiktiraf sebagai salah satu barangan utama yang memulakan inovasi trend kosmetik Korea dan mendapat perhatian ramai dalam pasaran kosmetik global baru-baru ini.
Manakala di Malaysia, Korea Selatan merupakan salah satu rakan perdagangan utama pada tahun 2013, dengan nilai import berjumlah mencecah MYR29.6billion. Pada tahun yang sama, berikutan bertambahnya kesedaran pengguna terhadap risiko kanser kulit akibat pendedahan yang berpanjangan kepada sinar UV, jualan produk pelindung matahari juga meningkat. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk produk ‘cushion’.
Dengan teknologi yang terkemuka di industri ini, AMOREPACIFIC telah melancarkan pelbagai produk Cushion dengan manfaat fungsi yang berbeza melalui jenama, yang seperti LANEIGE BB Cushion, Sulwhasoo Evenfair Perfecting Cushion, Innisfree Mineral Melting BB Cushion, dan ETUDE HOUSE Precious Mineral Any Cushion.