Awas, kumpulan serigala jadian berkeliaran malam Jumaat. Agensi pengalaman tempatan, Sw1tch Strategies Sdn Bhd menjadi tuan rumah bagi perlumbaan malam berhalangan bertemakan serigala jadian yang julung-julung kalinya diadakan di Asia. Dengan sokongan Malaysia Major Events (MME), satu bahagian dalam Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC), BloodRunner 2015 menghimpunkan peserta dan penonton dalam suatu acara malam yang menyeronokkan.
BloodRunner 2015 merupakan suatu acara cabaran melibatkan jarak sejauh 10 kilometer mengelilingi Putrajaya. Para peserta menempuh berbagai-bagai halangan mencabar yang bertujuan menguji kelasakan mereka dari segi fizikal dan mental. Daripada cabaran Waterboy, Sobriety Beams, hingga kepada Mount Agony, para peserta berlumba untuk menamatkan setiap halangan sambil berhadapan dengan serigala-serigala jadian yang bersembunyi sekitar laluan acara.
Sepanjang malam juga, para peserta, penyokong mereka dan masyarakat sekitar menikmati pesta temasya di tapak perlumbaan yang menampilkan trak-trak makanan antara yang terbaik di Malaysia. Bintang-bintang pujaan tempatan, Kiss Kill Mary dan Jon Liddell, adalah antara barisan bakat Malaysia yang sedang meningkat naik membuat persembahan untuk memeriahkan dan merancakkan suasana malam.
Selain Malaysia Major Events, BloodRunner 2015 turut disokong oleh penaja-penaja bersama, Mayhem dan Exhibit Lab, serta juga rakan kongsi rasmi Perbadanan Putrajaya, RedFM, Evian, Petzl, District Thirteen, Vespa, Runners Unite, Fit Aid, Running Malaysia, dan Ultron.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web rasmi: www.bloodrunner.com
Facebook: http://www.facebook.com/BloodRunnerAsia
Instagram: http://www.instagram.com/bloodrunnerasia