“The beauty of sushi is in it’s simplicity!’
Sushi ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan ‘sushi’, bererti ‘ikan terperam’ pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8.
Penyediaan sushi memerlukan beberapa pekakas dapur yang penting seperti pisau yang tajam (hōchō), batang chopstick (sai bashi), kain (fukin), dan beberapa alat-alat khusus seperti mangkuk kayu (hangiri), sudu nasi yang leper (shamoji), tikar gulung (makisu), dan kotak tekan sushi (oshibako). Ramuan penting termasuklah nasi jenis Jepun (kome), rumpair laut kering (nori), wasabi, kicap (shōyu), halia peram (gari), cuka nasi (su), sake, mirin, dan lobak putih (daikon).
Cuma, kini sushi tradisional telah dimodenkan menjadi bentuk seperti pizza, taco, burrito, kek dan banyak lagi. Nak tahu macam mana jadinya, tengok kat bawah.
#Sushi Burger
Ya. Mungkin ada di antara anda pernah mendengar malah melihat sushi burger. Sentuhan sushi asal yang di-twist menjadi burger ini terdapat di restoran rantaian MOS di Jepun. Sushi burger ini boleh dikatakan agak popular di laman sosial instagram. Tapi anda nak makan ke sushi sebegini, tengok agak padat malah memualkan.
#Sushi Doughnut
Cantik tapi agak mengelirukan! Sushi ini dijadikan bentuk donut dan dihiasi dengan bijan hitam, halia, wasabi, gajus mayo dan avocado. Macam mana nak makan kalau dah macam ini bentuknya? Hurmmm…
#Sushi Pizza
Tak habis lagi. Ada pula muncul sushi pizza. Laaa macam mana pula bentuknya? Crust daripada nasi pulut dan topping diletak tauhu teriyaki, avocado, halia, wasabi dan bijan hitam.
#Sushi Burrito
https://www.instagram.com/p/BHF5g7TBe12/
Bila manusia makin kreatif, ini jadinya. Timbul pula sushi burrito. Dibuat sushi bersaiz besar dan dibalut seperti burrito.
#Sushi Taco
Untuk menambah kelainan, ditambah bahan-bahan lain seperti crispy beef bacon dan pelbagai jenis sos. Nampak macam menarik, tapi, yang penting memang kenyang kalau makan sushi taco ini.
#Sushi Cake
Tahun ini tukar kek hari jadi kepada sushi cake. Sesuai untuk anda yang gilakan ikan.
#Sushi Pelangi
Rasanya tahun 2016 memang tema warna-warni agaknya. Sebelum ini ada keju warna-warni, serbuk kilauan pipi highlighter rona pelangi, roti pelangi, kiranya semua benda nak warna-warni. Melalui hashtag #rainbowsushi di Instagram, anda akan mendapati banyak ciptaan sushi berwarna warni cantik mirip pelangi. Warna pelangi ini dihasilkan daripada nasi yang diberi pewarna serta pemilihan topping sushi yang berbeza-beza. Anda nak cuba tak?