Vip Malaysia, jangan lupa temu janji anda di V App! Sebelum itu, siapa yang masih belum muat turun aplikasi V, lakukan sekarang. Kenapa?
Big Bang telah bersedia untuk menemui peminat mereka di seluruh dunia secara ‘live’ menerusi V app, sebuah aplikasi penyiaran bintang pada masa sebenar untuk peranti mudah alih, dengan rancangan ‘Big Bang V Live’ yang akan disiarkan pada 10 malam setiap Rabu bermula 2 hingga 30 September.
Pada hari yang sama, versi rasmi V app untuk Android akan dilancarkan selepas melalui fasa percubaannya. Pengguna global kini boleh menikmati komunikasi yang lebih lancar bersama bintang kegemaran mereka dengan perkhidmatan yang lebih stabil. Versi rasmi untuk iOS dijadual berlancar pada pertengahan September.
Bermula dengan ‘Big Bang V Live’ yang pertama dihoskan oleh G-Dragon. Berjudul “One Plus One Equals G-Dragon – Let’s Not Do Anything,” G-Dragon akan berbual secara langsung bersama peminat global dalam suasana yang mesra.
Sementara itu, Taeyang akan membuat persiapan untuk rancangan seterusnya yang bertajuk “Taeyang’s I’m going now, to eat” pada 9 September, di mana beliau sendiri akan melawat ke rumah peminat yang bertuah untuk makan bersama.
Dilancarkan buat kali pertama pada hujung Julai, V app telah menyediakan ruang yang lebih luas untuk peminat K-pop di seluruh dunia menemui bintang-bintang kegemaran mereka, menyingkap personaliti dan bakat tersembunyi mereka yang belum pernah ditunjukkan di TV. Menerusi perkhidmatan yang lebih stabil selepas pelancaran rasminya, V app akan menjadi sumber hiburan utama dengan peningkatan jumlah selebriti, termasuk bintang-bintang luar negara selain Korea pada masa hadapan.
Link muat turun aplikasi V:
- https://play.google.com/store/apps/details?id=com.naver.vapp(Android)
- https://itunes.apple.com/app/id1019447011?mt=8 (iOS)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan selebriti V sila layari: http://www.vlive.tv/
Video pengenalan aplikasi V: http://tvcast.naver.com/v/444557