Satu kajian terdahulu telah mendapati bahawa secara purata hidung lelaki adalah 10% lebih besar daripada hidung wanita, walaupun pada saiz badan yang sama. Kenapa agaknya?
Menurut penyelidik, lelaki mempunyai jisim otot tanpa lemak lebih berbanding wanita dan hal ini menyebabkan lebih banyak oksigen diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan tubuh . Hidung yang besar boleh mengambil lebih banyak oksigen.
Penyelidik sebelum ini mencadangkan bahawa saiz hidung dipengaruhi oleh jisim badan, terdapat tanda-tanda permintaan keperluan oksigen yang berbeza untuk penyelenggaraan tisu. Ini adalah kajian jangka panjang pertama bagi melihat kaitan perbezaan saiz hidung antara lelaki dan wanita dengan saiz badan dan juga untuk menentukan bila perbezaan fizikal tersebut mula wujud.
Penyelidikan yang diterbitkan November lalu dalam Jurnal Antropologi Fizikal, memerhatikan perubahan muka 38 individu (20 lelaki dan 18 perempuan)berketurunan Eropah berusia tiga tahun sehingga pertengahan dua puluhan.
Walaupun pada saiz badan yang sama, penyelidik mendapati bahawa lelaki membesar dengan kadar saiz hidung lebih besar daripada hidung wanita sekitar umur 11 . Perubahan yang bermula pada usia bermulanya akil baligh, apabila lelaki mula memerlukan jisim otot tanpa lemak yang lebih , manakala perempuan mula membesar denga jisim lemak badan yang lebih.
Dalam tempoh ini, kira-kira 95% daripada berat badan badan pada lelaki adalah disebabkan oleh peningkatan jisim bebas lemak berbanding 85% pada wanita.
Saiz hidung yang besar membolehkan lebih banyak oksigen disedut dan diangkut dalam darah untuk membekalkan keperluan oksigen ini.
Kajian menunjukkan bahawa saiz hidung berkait arpat dengan keperluan sistem pernafasan, dan bukannya ciri-ciri lain tulang muka.
Menurut kajian itu, ini juga dapat menjelaskan mengapa hidung manusia zaman ini adalah lebih kecil berbanding dengan nenek moyang kita, seperti Neanderthal, yang mungkin memerlukan lebih banyak oksigen untuk mengekalkan tahap jisim otot mereka yang lebih tinggi .
[Sumber ]