Jenama sukan berprestasi tinggi Under Armour memberi penghormatan kepada filem ikonik Star Wars dengan memperkenalkan siri pakaian koleksi Star Wars: The Imperial.
Ayuh sama-sama menyertai keterujaan tayangan perdana filem terbaru Star Wars setelah hampir satu dekad menyepi. Akan ditayangkan kepada umum menjelang pertengahan Disember nanti. Koleksi terbaharu dari Under Amour ini merupakan lanjutan daripada kerjasama yang berterusan dengan Star Wars untuk jenama Alter Ego.
Koleksi ini menampilkan gaya rekaan yang ikonik dimana ianya melambangkan sisi rekaan jenama Armour sendiri -berciri ultra-tight, ketat selesa di permukaan kulit, disamping mampu mengekalkan kesegaran otot dan sendi tatkala melakukan pergerakan lasak. Ada juga baju-T bergrafik sebagai pilihan buat mereka yang mahukan sesuatu yang agak longgar.
Ciri cetakan yang ada pada baju melambangkan karakter-karakter popular Star Wars seperti Darth Vader, ditambah pula dengan frasa yang masyhur “the drak side” menghiasai permukaan kosong baju. Tampak hebat bukan?
Manakala baju jenis fabrik bergetah baselayer yang bertemakan Vader ini terdapat juga dalam warna hitam telap yang direplika menggunakan sisi rekaan baju Compression, mewakili karakter Star Wars yang tidak lapuk dimamah zaman, seiring dengan matlamat Under Armour I WILL – tidak akan pernah berputus asa.
Reka bentuk yang lain mempunyai pengenalan perisai putih murni watak Storm Trooper dan tentera elit Empayar Galactic. Kesemua rekaan Under Armour yang diinspirasi oleh watak terkenal Star Wars ini sesuai dengan pemakaian sehari-hari khas buat lelaki yang ringkas.
Berbekalkan misi untuk memotivasikan para atlet menjadi lebih berdaya saing, rangkaian Alter Ego di bawah Armour itu mengetengahkan transformatif watak-watak filem demi menjadikan koleksi pakaian sukan berprestasi tinggi kearah memberi inspirasi kepada semua orang untuk melonjak ke tahap yang baru.
Harga yang ditetapkan untuk koleksi istimewa ini adalah daripada RM119 – RM279, mula dipasarkan diseluruh cawangan Under Armour bermula 21 November 2015. Selain itu, anda juga boleh membeli secara atas talian di www.underarmour.com.my bermula 23 November 2015.