11street (www.11street.my), antara pasaran atas talian terbesar di Malaysia hari ini membawakan ‘LEBARAN LUSTER’ iaitu koleksi kerjasama dengan beberapa pereka-pereka berbakat tempatan, seperti SyomirIzwa, Ruzz Gahara, VARIANTE dan Adam Liew, yang menampilkan rekaan elegan di mana kesemuanya boleh didapati secara ekslusif di 11street.
CEO 11street, Hoseok Kim berkata, “Hari Raya adalah salah satu perayaan terbesar yang menandakan berakhirnya bulan puasa, dan bagi kebanyakan rakyat Malaysia pula, ini adalah masanya untuk membeli belah. Raya ini, 11street melancarkan kempen Raya yang bertema ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan pelbagai keperluan Raya, bermula dengan Koleksi Raya 2016 oleh 11street.”
Koleksi fesyen 11street yang diberi nama ‘Lebaran Luster’ menampilkan rekaan pereka-pereka fesyen yang cukup mempersonakan. Kim menambah, “11street bertekad untuk memastikan pelanggan kami sentiasa berseri, elegan dan bergaya ketika musim perayaan dengan koleksi ekslusif Raya kami yang boleh didapati dari 20 Mei sehingga 31 Julai”.
Label tempatan x 11street yang menakjubkan
Beliau turut berkongsi, “Kerjasama dengan label fesyen tempatan dan pereka terpilih ketika musim perayaan istimewa ini adalah antara sebahagian daripada usaha kami untuk menyuntik lebih rasa tempatan ke dalam 11street. Kami bekerja rapat dengan mereka untuk menawarkan rekaan ekslusif ‘out-of-the-box’ yang penuh gaya bagi menyerikan keanggunan pelanggan kami pada Hari Raya nanti.
“Rekaan dari setiap label yang berkolaborasi dengan 11street adalah terhad menjadikan pelanggan-pelanggan kami antara yang terpilih untuk memakai rekaan tersebut ketika musim perayaan nanti,” tambah Kim lagi.
‘LEBARAN LUSTER’ memenuhi pelbagai gaya dan saiz yang boleh dimiliki dari batik moden, gaya chic Perancis hinggalah keanggunan klasik, menghasilkan kepelbagaian kepada pelanggan dengan kerjasama bersama pereka-pereka fesyen seperti Syomir Izwa, Ruzz Gahara, VARIANTE and Adam Liew.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ekslusif ‘LEBARAN LUSTER’, sila layari lookbook 1street dan video LEBARAN LUSTER di laman promo dan saluran Youtube.