Berdiri dan berjalan dengan kasut tumit tinggi sahaja sudah cukup menyeksakan, terutama pada yang tidak biasa memakainya. Inikan pula nak memakainya ketika bersenam.
Namun bersenam dengan memakai kasut tumit tinggi kini telah menjadi trend di Amerika Syarikat. Antara senaman yang dilakukan termasulah menendang, squat dan juga senaman sit-ups. Malah trend tersebut juga sudah mula menular di United Kingdom. Trend ini telah diperkenalkan oleh seorang pelatih peribadi Nikki Manashe. Menurutnya, ia boleh membentuk badan dengan lebih baik, bentuk punggung yang lebih mantap dan mengecilkan pinggul.
Keberkesanan senaman ini juga turut diakui oleh mereka yang telah mengamalkannya dan juga telah menjadi ikutan selebriti seperti Victoria Beckham .
Telah terbukti berdasarkan kajian, pemakaian kasut tinggi boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, misalnya, kepada kesihatan tulang belakang. Jadi, persoalannya, adakah trend ini selamat untuk dipraktikkan?
Menurut pendapat seorang Fisioterapi bernama Tim Allardyce, “Bersenam dengan menggunakan kasut tumit tinggi adalah kerja gila dan tidak masuk akal.”
Anda akan menambahkan tekanan melalui kaki anda kerana bersenam dengan kedudukan kaki yang tidak normal. Kebanyakan tenaga akan terarah ke dalam ibu jari kaki, yang boleh membawa kepada sakit belakang. ‘
Ia juga boleh merosakkan sendi, katanya. ‘Jika anda bersenam memakai kasut tumit , kaki tidak menyerap tenaga pergerakan secukupnya seperti kasut sukan . Jadi ia menambah tekanan yang tidak sihat kepada lutut, pinggul, pergelangan kaki dan belakang. ‘
Di sebaliknya kesan negatif yang kita sudah boleh jangka, fisioterapi tersebut mengakui antara kelebihan yang boleh diperoleh melalui senaman ini adalah menguatkan otot betis dan juga memperbaiki keseimbangan badan. Selain itu, otot lain juga akan bekerja dengan lebih kuat lagi.
Walaubagaimanapun, beliau masih lagi menyarankan agar bersenam menggunakan kasut sukan di mana ianya lebih selamat.