Pendandan rambut terkemuka dari Jepun, Takako Sato memahami trend terkini dan berusaha menampilkan idea menarik dan memberi sentuhan unik dari Jepun, bagi memenuhi kehendak generasi muda hari ini yang begitu dahagakan gaya unik.
“Gaya dandanan rambut akan menjadi trend selepas ia ditampilkan di New York dan Paris sebelum diikuti di Jepun,” kata Takako Sato.
Dia berkata, “Kebanyakan dandanan saya diinspirasi daripada New York dengan memberikan pengaruh Jepun yang sesuai mengikut kesesuaian cita rasa orang Asia.”
“Jepun mempunyai pasaran yang sudah matang bila ia membabitkan pasaran fesyen dan rambut. Masyarakat di sini memilih warna rambut yang sesuai mengikut kehadiran empat musim berlainan serta gaya terkini,” jelasnya
Tambahnya lagi, warna kehijauan merupakan pilihan pada musim sejuk, serta memberi kesegaran pada gaya rambut yang ditampilkan. Manakala bagi musim panas, warna putih kekuningan dan coklat merupakan pilihan yang sangat popular bagi lelaki.
Rakyat di Malaysia jauh berbeza dengan warna-warna yang tersedia untuk rambut kerana suka akan warna yang tertentu untuk digayakan.
“Jika pakaian yang digayakan sudah menonjol, dandanan rambut tidak perlu dilakukan secara berlebihan, bagi mengelakkan ia nampak serabut,” cadang dia.
Tambahnya lagi, konsep yang saya cuba sampaikan ini adalah ‘Yin dan Yan’, bagi menonjolkan kedua-dua ekspresi yang kontra antara gelap dan terang, lemah dan kuat.
Dengan ini, pemilihan warna mengikut konsep dingin dan panas ini akan memberikan kelainan seperti penggunaan warna kuning dan hijau limau. Sesuai bagi individu yang mahu menonjolkan penampilan bak berada di negara tropika.
Beliau berada di salun kecantikan 76Style Mont Kiara, Kuala Lumpur berkongsi ilmu pengetahuannya mengenai fesyen semasa dandanan rambut dan menjadi mentor di kedai tersebut.