Memanfaatkan wajah dan fizikalnya yang mirip dengan salah seorang anggota kumpulan One Direction, seorang pelajar universiti nekad berhenti daripada pengajiannya untuk bekerja sebagai Harry Style tiruan.
Aron Dale, seorang pelajar Universiti Northumbria telah mendaftar dengan lima agensi lookalike dan setakat ini mendapat enam job setahun, itupun di parti kanak-kanak.
Pelajar berusia 25 tahun ini mendakwa yang dia kerap dikerumuni dengan peminat penyanyi berusia 20 tahun tersebut setiap kali keluar rumah. Dia juga mendakwa bahawa yang dia sukar mendapat teman wanita kerana mereka cemburu dengan perhatian yang diberikan wanita lain kepadanya.
Tindakan Aron berhenti belajar untuk karier tersebut juga dianggap satu langkah yang berani dan berisiko tinggi dna mungkin akan merugikan masa depannya.
Namun bagaimanapun,beliau mengatakan bahawa kariernya kurang sukses kerana ramai orang di sekelilingnya telah mengetahui identiti sebenarnya. Tidak semua orang juga berpendapat yang wajahnya sama dengan selebriti tersebut. Di mata penulis sendiri, melalui gambar yang disiarkan di Daily Mail ini, tidaklah seiras mana pun, Perasan mungkin?