Rata-rata imej wanita yang digambarkan dalam iklan mempamerkan kesempurnaan termasuklah kulit yang flawless dan bentuk badan yang sempurna tanpa sebarang cela.
Dalam satu kajian, 1 daripada 4 individu berasa tertekan akan bentuk badan mereka dan sepertiga dripada responden sanggup berhabis dan berkorban untuk mendapat bentuk dan berat badan yang ideal. Dalam satu kajian lain, separuh daripada responden yang ditinjau berkata perkara yang paling menekankan dalam menjadi seorang wanita adalah perlu sentiasa tampil menarik.
Walaupun sedia maklum yang gambar-gambar yang kita lihat dalam sesebuah iklan telah mendapat sentuhan pelbagai teknik photoshop, namun iklan -iklan ini masih mampu menjejakan self esteem dan keyakinan para wanita.
Baru-baru ini, gambar-gambar Lady Gaga telah untuk Iklan Versace Musim Bunga-Panas 2014 telah “bocor” dan disebarkan di internet.
Cuba anda bandingkan sendiri gambar penyanyi lagu Bad Romance ini sebelum dan selepas mendapat sentuhan photoshop.
Hebat sungguh impak kesan photoshop kepada kecantikan. Gambar-gambar yang didakwa belum diedit itu menunjukkan yang Gaga hanya memakai mekap minimal dan berwajah pucat dan terdapat kesan lebam di bahagian lututnya.
Namun selepas mendapat sentuhan photoshop, lain pula hasilnya, kulit Gaga kelihatan flawless, malah rambutnya juga nampak lebih bersinar. Berbeza sungguh.