Pakar di dalam bidang psikologi, pemakanan dan pediatrik menasihati para ibu bapa di Malaysia untuk menyediakan pemakanan yang sesuai dengan keperluan setiap peringkat tumbesaran kognitif anak-anak bagi mengoptimumkan sokongan pemakanan untuk perkembangan mental yang sihat. Pendapat ini telah dikongsi melalui previu kepada bengkel ‘Tahap Kebijaksanaan – Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja’ yang bakal diadakan pada Januari 2015.
Turut menyokong pandangan ini ialah Dr. Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway; Profesor Dr. Poh Bee Koon, Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Dr. Yong Junina Fadzil, Penasihat Pediatrik. Ketiga-tiga pakar ini merupakan penceramah bengkel yang direka khas untuk berkongsi dengan ibu bapa mengenai perkembangan otak anak-anak yang sedang meningkat dewasa, perkembangan dan pencapaian mereka dan kepentingan menyediakan nutrien penting di setiap peringkat tumbesaran bagi menyokong perkembangan mental kanak-kanak.
Mengulas lanjut mengenai rasional menganjurkan bengkel ini, Anja Henze, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia berkata: “Salah satu penemuan penting kajian SEANUTS atau Southeast Asian Nutrition Surveys — iaitu kajian kesihatan dan pemakanan yang dijalankan terhadap kanak-kanak di empat buah negara termasuk Malaysia, menunjukkan bahawa tahap IQ (Intelligence Quotient) atau prestasi kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh status pemakanan mereka. Dutch Lady Malaysia sebagai syarikat tenusu terulung menyedari keperluan untuk berkongsi bersama ibu bapa tentang pemakanan dari perspektif perkembangan mental anak-anak”.
Dr. Ng, yang juga merupakan Penyiasat Perkembangan Kognitif untuk kajian SEANUTS menerangkan bahawa kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia menyelidik tentang hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif mereka. Di Malaysia, hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi (tubuh yang kurus, kurang berat badan dan ketinggian terbantut) serta mereka juga mengalami masalah berlebihan nutrisi (berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ.
Jadi, pendaftaran untuk bengkel ini akan dibuka pada 1 Disember 2014. Untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1800-22-1233 (Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang) atau e-mel kepada [email protected].