Sebelum ini, Tegar dilaporkan telah membuat aduan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.
Ekoran kejadian, Tegar bersama bapa dan syarikat rakamannya membuat laporan kepada Komnas PA. Bercakap pada sidang media di Indonesia, Ketua Komnas PA, Arist Merdeka Sirait mengesahkan berlaku serangan seksual oleh pengurus peribadi terhadap Tegar.
Terkini, bekas pengurus penyanyi cilik popular Indonesia, Tegar Septian, telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura susulan laporan penderaan seksual yang dibuat oleh Tegar sebelum ini. Penangkapan Arif Dollah itu berdasarkan kepada dua laporan yang telah dibuat terhadapnya sebelum ini.
“Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditangkap sementara siasatan sedang dijalankan pada sekitar tiga petang tadi,” petik jurucakap polis Singapura.
Sinar Harian