Pelantar minyak yang tidak lagi mempunyai apa-apa nilai komersial biasanya akan dipenuhi dengan timbunan sampah, tetapi tidak pada pelantar yang terletak di luar pantai tenggara Sabah ini. Bekas pelantar minyak ini diberikan satu kelahiran semula sebagai syurga hotel untuk penyelam skuba yang berminat untuk merasai pengalaman bercuti yang menarik dengan penerokaan bangkai kapal dan terumbu menakjubkan bersebelahan dengan Pulau Mabul.
Pelantar minyak tersebut pernah berkhidmat sebagai elemen penginapan pelantar minyak di pelbagai lokasi, tetapi telah diberi nafas baharu dalam kehidupan apabila ia ditarik dari sebuah limbungan kapal di Singapura ke pantai selatan-timur negeri Sabah.
Tapak yang telah diubahsuai ini mempunyai 27 bilik yang dilengkapi dengan perabot termasuk bilik berkembar dan keluarga, serta asrama.
Ia turut menyediakan kemudahan bilik menonton filem, tempat karaoke, meja pool, kedai cenderamata, bilik persidangan dan juga internet wi-fi percuma.
Bangga dengan asal-usulnya sebagai asas untuk cari gali minyak dan gas, Seaventures Dive Rig menawarkan laluan terus ke laman menyelam yang menakjubkan di Coral Triangle yang terkenal.
Satu ciri utama pelantar minyak ini adalah lif yang membawa penyelam terus ke dalam terumbu karang di dasar laut. Lif tersebut juga berfungsi sebagai platform utama untuk ‘Rig Jump’, dimana pengunjung berpeluang untuk melompat ke dalam Laut Celebes yang jernih.
Penyelam dapat melihat keindahan dasar laut dengan terumbu karang dan hidupan laut yang pelbagai seperti barracuda, groupers, cuttlefish, turtles, giant morays, ribbon eels, frog fish, scorpion fish, crocodile flatheads, lion fish, nudibranchs dan ghost pipe fish.
Mereka juga menawarkan kursus ‘PADI five-star IDC’ dan peluang untuk mendapatkan kelayakan menyelam tambahan.
Untuk info lanjut, sila layari http://seaventuresdive.com/.
Sumber: Daily Mail