Bekas Miss Venezuela 2004 dan bekas suaminya ditembak mati selepas kereta mereka rosak di tepi jalan berhampiran Puerto Cabello pada malam Isnin. Dipercayai pasangan ini menjadi mangsa rompakan. Yang teruk lagi, mereka ditembak mati di depan anak perempuan berusia lima tahun selepas bergelut dengan perompak. Monica Spear dan Thomas Berry, dibunuh pada kira-kira jam 10.30 malam, anak perempuannya kini menerima rawatan hospital. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Caracas.
Pembunuhan Monica Spear, 29, dan bekas suaminya yang juga warga Britain, 39, adalah kes jenayah berprofil tinggi terbaru di negara itu di mana pembunuhan adalah perkara biasa dalam rompakan bersenjata dengan penculikan. Terdahulu, Monica memenangi takhta Miss Venezuela 2004 dan seterusnya turut serta dalam Miss Universe 2005 di Thailand. – VIA