BUDAPEST: Bayi unta Bactrian liar yang terancam atau dikenali juga sebagai camelus bactrianus spesies ferus telah membuat penampilan pertama di Zoo Budapest pada hari Selasa baru-baru ini , selepas kelahirannya pada minggu lepas.
Bayi unta jantan yang dinamakan Ilias itu , telah dilahirkan pada 9 April, oleh ibu nya yang berusia lapan tahun, yang dinamakan Iris, keturunan unta ini telah tinggal di zoo ini untuk beberapa generasi.
Bapa kepada bayi unta unik ini datang dari zoo di Miskolc, sebuah bandar di utara-timur Hungary . Penjaga zoo berkenaan hanya memberitahu media pada hari Selasa semalam untuk memberi sedikit masa kepada bayi dan ibunya bersama.
Jurucakap zoo berkenaan memberitahu bahawa pada awal kelahirannya, bayi unta berkenaan mengalami masalah untuk mendapatkan susu dari ibunya memandangkan ini adalah kelahiran pertamanya.
Kebanyakan unta spesis Bactrian liar yang masih wujud sekarang terdiri daripada haiwan ternakan.
Sekitar 800 hingga 900 kumpulan kecil spesies ini tinggal di padang pasir Gobi di Mongolia dan China, tetapi menurut pakar, spesies unta ini sudah hampir pupus.
Zoo Budapest telah dibuka pada tahun 1866, dan merupakan salah satu zoo yang tertua di dunia -. AFP
Via: New Straits Times