Bayi yang selesa adalah juga bayi yang riang dan sihat, terutamanya apabila mereka mula menjadi aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka. Memberi mereka kebebasan untuk merangkak, berdiri dan duduk dengan selesa membolehkan pembelajaran dan memberikan mereka tumpuan untuk mengalami benda- benda baru. Justeru itu, Huggies® mempelawa semua ibu dan si manja mereka menjadi sebahagian daripada kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’!
Huggies® Dry Pants memastikan bayi sentiasa selesa dengan Lapisan Cepat Kering yang menyerap dan mengunci cecair di lapisan dalaman jauh dari kulit bayi, dan dengan Lapisan Luar Beraliran Udara 100% yang membolehkan udara mengalir keluar 10 kali lebih cepat, menjadikan kulit bayi kekal kering. Bahagian pinggangnya yang berelastik dan lembut membolehkan si manja bergerak bebas dan supaya si manja yang aktif dapat terus bermain!
Sertai Kempen “Maximum Comfort, Maximum Movement”!
Sertailah kempen ini yang meraikan keperluan anak-anak kecil untuk bergerak bebas supaya mereka dapat menerokai dan menyelami dunia sekeliling mereka yang menakjubkan! Kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’ melibatkan pengguna dengan cara bersepadu, menggunakan pelbagai saluran seperti di TV, digital, peragaan, promosi dan pemberian sampel percuma di kedai, siri jelajah dan melalui laman web Huggies® Malaysia, serta aktiviti berasaskan pengalaman, termasuk “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” di seluruh negara.
Dari sekarang hingga 1 Ogos, Huggies® Dry Pants mempelawa ibu bapa (dan si manja tersayang mereka yang berumur 6 bulan hingga 3 tahun) untuk mengalami keselesaan terunggul lampin seluar dan memenangi hadiah wang tunai dan barangan bernilai lebih RM20,000 serta peluang seumur hidup untuk menjadi tumpuan utama dalam pengiklanan jenama dan inisiatif promosi. Ketahui lebih lanjut di www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia!
Untuk menyertai pertandingan “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” ini, hantarkan sekeping gambar ‘gerak atau aksi selesa istimewa’ anak anda bersama dengan borang pendaftaran yang telah dilengkapkan dengan bukti pembelian Huggies® Dry Pants dalam satu resit. Borang pendaftaran boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian, dan kedai terpilih akan menyediakan gerai gambar khas di mana anda boleh mengambil gambar si bintang kecil anda dan menyerahkan gambar dan borang penyertaan. Sementara itu, ibu-ibu juga boleh menyertai peraduan bayi ini di siri jelajah Huggies® Dry Pants yang akan diadakan di pelbagai pasar raya besar and pasar raya di seluruh negara sehingga akhir Julai dan nikmati promosi menarik dan aktiviti yang menyeronokkan. Peserta cilik dengan pergerakan yang paling unik akan memenangi hadiah menarik, termasuk RM 10,000 (hadiah utama), RM 7,000 (hadiah pertama) dan RM 4,000 (hadiah kedua), serta tujuh hadiah sagu hati yang berupa bekalan Huggies® Dry Pants selama enam bulan. Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®.
Lawati www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.