Siapa sangka kerana hal remeh temeh dan boleh dibawa berbincang boleh menjadi punca sebuah majlis perkahwinan dibatalkan.
Seorang lelaki bertindak membatalkan perkahwinannya apabila bakal isterinya yang enggan memakai mehendi (inai) pada tangannya sebelum majlis tersebut.
Tamil Nesan melaporkan bahawa keluarga pengantin perempuan telah membuat laporan terhadap Mir Masood Ali, 32. Beliau kemudiannya telah ditahan oleh polis Hyderabad.
Kad perkahwinan telah pun diedarkan dan banyak wang telah dihabiskan untuk persiapan perkahwinan tersebut . Oleh itu, keluarga pengantin perempuan berkenaan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap tindakan lelaki tersebut.