Seorang bapa yang juga mengalami masalah mental telah membunuh anak perempuannya yang berusia 4 tahun selepas tudung yang dipakainya terlondeh dari kepala ketika budak itu sedang makan tengahari.
Lelaki berkenaan, Jafar Hussain, dari Bareilly, di Uttar Pradesh, India, dituduh membunuh anaknya, Farheen dengan melemparnya berulang kali ke lantai.
Menurut The Hindustan Times, isterinya yang juga ibu budak itu cuba masuk campur bagi menyelamatkan anaknya namun dia turut dipukul oleh suaminya.
Jafar kemudiannya meminta anak isterinya menanam mayat anak mereka di dalam rumah, namun wanita itu enggan berbuat demikian.
Dalam pada itu, polis memaklumkan telah menahan Jafar dan dia kini ditahan untuk soal siasat. Sementara itu, jiran Jafar memaklumkan bahawa Jafar mengalami mental yang tidak stabil.
[SUMBER]