Bagi menyambut seni & tradisi kebudayaan Melayu menjelang lebaran tahun ini, Royal Selangor yang terkenal dengan ketukangan serta ukiran barang perhiasan pewter yang unik lagi eksklusig, tampil bersama set hadiah Aidilfitri yang berupa sepasang bekas air (tumblr) yang digelar Isthmus serta bekas simpanan Cembul berukir.
Kedua-dua barang hiasan ini diinspirasi dari ketukangan ukiran kayu zaman dahulu kala yang amat popular di sekitar Asia Tenggara suatu ketika dahulu. bekas air jenis Isthmus dihiasi dengan corak dedaunan menonjol manakala Cembul yang alzimnya digunakan sebagai tempat simpanan daun sireh, gambir, kapur dan buah pinang itu pula hadir dalam dua pilihan termasuklah rekaan pewter perak asli serta yang dihiasi dengan salutan emas mewah sambil dikelilingi motif kerawang floral.
Kedua-dua perhiasan rumah ini amat sesuai untuk melengkapkan meja hidangan yang bakal dikelilingi dengan tetamu yang menziarahi rumah anda. Secara tidak langsung bisa memeriahkan lagi sambutan aidilfitri dengan cara yang paling klasik ala glamor.
Kedua-dua perkakas dekorasi eksklusif ini hadir di dalam kotak kayu, sesuai untuk dijadikan pemberian Aidilfitri kepada yang tersayang.
Dapatkan koleksi edisi terkini dari Royal Selangor di semua butik Royal Selangor, kedai-kedai utama cawangannya di seluruh Malaysia mahupun secara atas talian. Sila layari www.royalselangor.com untuk keterangan lanjut.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN