Disebabkan cuaca di Malaysia agak panas jadi kita semua digalakkan untuk mandi dua atau tiga kali sehari. Tahukah anda mandi malam adalah salah satu waktu yang disarankan agar tubuh menjadi lebih relaks dan memudahkan seseorang untuk tidur. Tapi mungkin ada segelintir yang mengatakan tidak elok jika mandi malam, anda tidak perlu mandi dengan air sejuk, gunakan air panas untuk mandi kerana ia dapat mengelakkan serangan selesema.
Apa baiknya mandi malam?
Fikiran lebih tenang – Ketika mandi pada waktu pagi, anda cenderung untuk terkejar-kejar. Percayalah, mandi pagi tidak selalunya lengkap dan teliti. Pada waktu malamlah anda boleh mandi dengan lebih tenang dan dapat memanjakan diri. Tahukah anda, mandi pada waktu malam dengan air sejuk dapat menghilangkan stres?
Tekanan darah turun – Tahukah anda, mandi pada waktu malam dapat menurunkan tekanan darah? Untuk merehatkan tubuh, anda digalakkan untuk mandi dengan air suam. Dengan membasuh rambut, anda sekali gus dapat melegakan tekanan pada kulit kepala. Selain itu, air suam boleh membuka liang-liang roma dan membantu menghilangkan toksin.
Meregangkan otot – Bekerja dengan kuat pada waktu siang akan menyebabkan otot menjadi tegang. Mandi malam dapat membantu anda untuk megendurkan otot-otot ini dan membuatkan tubuh menjadi ringan. Mandi dengan air suam boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan baik.
Atasi insomnia – Mandi dengan air sejuk pula dapat memberi ketenangan kepada tubuh. Ia akan membuatkan tubuh menjadi segar dan memudahkan anda untuk tidur. badan yang bersih akan menggalakkan rasa mengantuk. Jadi mandi malam sekali gus dapat mengatasi masalah insomnia.
Lancarkan proses detoks – Mandi dengan air hangat dapat membantu proses detoks. Setiap malam, tubuh akan menjalani tempoh pembersihan toksin bagi menghindari penyakit. Mandian air hangat dapat memudahkan proses detoksifikasi dan membersih secara mendalam. Air hangat akan meningkatkan suhu tubuh dan menggalakan pengeluaran peluh. Sewaktu peluh mengalir keluar, ketika itulah ia ‘membawa’ toksin bersama.
Info:- Apabila anda mandi air hangat, jangan terkejut jika keeseokkan harinya anda akan mengalami masalah gelung hitam bawah mata. Mata juga mungkin menjadi kemerahan atau bengkak. Ya, mungkin anda tidak suka. Tetapi ia menandakan toksin ada sudah dikeluarkan. Semakin hari, ia akan berkurangan.
Minda dan tubuh bergabung – Mandi malam bukan sahaja menanggalkan segala kotoran pada luaran tubuh, tetapi membantu menghilangkan emosi atau tenaga negatif dalam diri seseorang. Antaranya adalah seperti perasaan risau, marah, sedih, atau takut. Entah bagaimana, tetapi ia berlaku, air hangat mampu menghapuskan emosi negatif dan ‘mengosongkan’ minda.