Bintang pop remaja antarabangsa, Justin Bieber baru-baru ini telah memuat naik gambarnya berpelukan dengan penyanyi Selena Gomez yang juga merupakan bekas kekasihnya di laman sosial Instagram dengan ayat “Love the way you look at me”.
Ramai yang telah membuat spekulasi bahawa Justin,19 tahun, dan Selena,21 tahun, kembali menjalinkan hubungan cinta selepas putus ditengah jalan sekitar bulan Januari tahun lepas. Paparazi juga telah menangkap gambar Justin dan Selena sedang beriadah menggunakan segway. Sebelum ini Justin pernah memberitahu pihak media yang beliau masih menyimpan perasaan terhadap kekasihnya dan adakah cinta sudah berputik kembali? kita tunggu!