Kata orang cinta itu buta dan tak mengenal usia. Mungkin kata pepatah ini memang tinggi kebenarannya memandangkan banyak betul kes cinta yang pelik-pelik berlaku dan kadang-kadang di luar pemahaman kita. Misalnya kes yang berlaku di Kedah ini. Siapa sangka seorang gadis muda yang baru berusia 14 tahun boleh jatuh cinta dengan seorang lelaki tua yang lebih layak dipanggil atuk.
Pihak berkuasa agama Kedah menahan pasangan seorang gadis yang baru berusia 14 tahun dan pasangannya, seorang datuk berusia 71 tahun.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu ditahan kerana berkhalwat , dan mengaku bersalah setelah mereka tidak dapat membuktikan mereka mempunyai hubungan saudara atau telah berkahwin.
Pihak berkuasa menjadi mencurigakan selepas mendapati bahawa pasangan ini sentiasa dilihat berada di dalam rumah bersama-sama sewaktu lewat malam apabila anak perempuan lelaki itu tidak ada di rumah.
Pada mulanya, lelaki ini mendakwa gadis tersebut adalah anak perempuan rakannya tetapi kemudian mengaku mempunyai hubungan sulit dengan dia.
Harian Metro melaporkan bahawa ibu bapa remaja tersebut terkejut apabila mereka mendapat tahu tentang hal itu, kerana mereka menyangka anak mereka telah tidur di bermalam bersama kawan.
Macam -macam hal yang berlaku sekarang. Sepatutnya yang tua berperanan sebagai pelindung, ini tidak, mengambil kesempatan pulak.
Via – The Star Online