Sejarah telah abadikan Cleopatra kerana kecantikannya dan ada khabar sebelum ini yang mengatakan rahsia kecantikan Cleopatra adalah melalui kaedah aromaterapi. Aromaterapi adalah satu seni dan sains pengekstrakan minyak dalam bentuk tulen daripada sebatian tumbuhan. Aromaterapi dipercayai dapat membantu meningkatkan kecantikan kulit, rambut, badan dan minda. Jom ketahui bagaimana caranya:
1. Penurunan Berat Badan
Salah satu faktor utama yang memberi kesan kepada kecantikan seseorang adalah berat badan. Aromaterapi, dengan bantuan minyak pati, adalah pelopor bila menyebut tentang membantu mengurangkan berat badan. Ini amat membantu apabila seseorang mula merasai penurunan berat badan melalui kaedah aromaterapi. Satu campuran oren, rosemary dan limau gedang membantu mengawal dan mengurangkan nafsu makan mereka yang mempunyai masalah obesiti.
2. Rawatan Rambut
Membilas rambut dengan air yang mempunyai beberapa titik rosemary atau chamomile mampu merapikan rambut. Minyak tea tree adalah astringen rambut yang sangat baik yang membantu dengan perlahan-lahan membersihkan kulit kepala daripada kelemumur dan kutu.
Campurkan 2 titik bay, cedarwood, limau gedang, lavender, lemon, rosemary, chamomile dan 20ml minyak jojoba. Sapukan pada kulit kepala untuk mengurangkan rambut gugur — balut rambut dengan tuala tebal dan biarkannya selama lebih kurang 3-4 jam dan kemudian basuh rambut dengan syampu natural. Bay dan minyak lavender membantu meningkatkan pertumbuhan keseluruhan rambut seseorang.
3. Rawatan Badan
Untuk mengurangkan selulit, tambahkan minyak lemon atau minyak jojoba pada pelembab. Parut pada badan dan juga muka boleh dikurangkan dengan menggunakan minyak patchouli.
Selain itu, sakit kepala dan badan juga dapat disembuhkan dengan menambah minyak pati ke dalam air mandian atau melakukan urutan menggunakan minyak pati. Tambahkan bunga cengkih, pudina dan minyak kayu putih bagi membantu melegakan sakit-sakit otot dan badan.
4. Rawatan Muka dan Kulit
Teknik urutan muka dengan menggunakan buah aprikot dan avocado atau minyak jojoba membantu kulit normal atau sensitif untuk mendapatkan seri. Neroli dan minyak mawar boleh merawat kulit kering atau matang untuk memberikan kesan wajah yang licin dan muda. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, campuran minyak bergamot dan lemon dapat mengurangkan jerawat pada wajah dengan ketara. Minyak lobak merah dalam minyak sayur-sayuran pula boleh digunakan pada bawah mata yang gelap dan bagi mendapatkan kulit wajah yang berseri.