Bulu di kaki? Bulu di ketiak? Beberapa cara diyakini boleh menghilangkan bulu dalam waktu sekejap, namun bulu tetap akan tumbuh dalam masa yang singkat.
Cara berkesan dan tahan lama adalah waxing. Waxing adalah salah satu inovasi penghilang bulu menggunakan selembar kertas wax yang ditampal dan kemudian ditarik. Biasanya, jika kita melakukan waxing, bulu tidak akan tumbuh selama dua hingga lapan minggu. Ianya berbeza dengan cara tradisional iaitu mencukur yang boleh membuat kulit menjadi iritasi dan bulu dengan cepat tumbuh kembali.
Namun, tahukah anda terdapat beberapa cara yang harus dan wajib dilakukan selepas waxing?
1. Selepas melakukan waxing di salon, anda juga perlu melakukan beberapa rawatan di rumah. Ruam biasanya memang tidak akan muncul setelah proses waxing. Tetapi anda boleh mula menuam kawasan yang baru saja anda wax dengan ais untuk mengurangkan bengkak yang muncul sekaligus untuk menutup liang-liang yang terbuka selepas waxing.
2. Anda juga boleh menggunakan gel yang mengandungi aloe vera pada kawasan tersebut. Aplikasikan secara lembut dan perlahan. Lakukan beberapa kali dalam satu hari. Ini akan melembutkan kawasan yang telah dicukur dan mengurangkan kesan kemerahan yang biasanya muncul.
3. Gunakan pakaian yang loose kerana kulit anda memerlukan ruang untuk bernafas setelah di wax. Penggunaan pakaian ketat hanya akan membuat kulit anda mudah terkena jangkitan. Elakkan memegang kawasan yang baru di wax, ini boleh membawa dan menyebarkan bakteria yang boleh masuk kerana liang kulit sedang terbuka
4. Jangan menggunakan losyen, gel atau deodoran pada kawasan yang baru saja di wax. Pastikan kawasan tersebut tetap bersih dan bebas daripada produk yang mempunyai bahan kimi merbahaya.
5. Elakkan suhu panas, sauna atau bahkan sunbathing jika anda adalah peminat berjemur. Panas yang berpanjangan boleh memburukkan lagi ruam yang ada di kulit anda.
Waxing memang menjadi alternatif yang mudah, praktikal dan tidak memakan masa yang lama. Anda boleh melakukan waxing sendiri atau di pusat kecantikan tetapi paling penting adalah penjagaan selepas waxing. Hal ini dikhuatiri ruam merah, gatal-gatal akan muncul selepas waxing, jadi perhatian tambahan perlu dititik beratkan. Anda perlu waspada dan mengetahui perkara yang harus dan tidak harus dilakukan.