Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk telah mengumumkan perletakan jawatan pada malam semalam , dilaporkan sebagai protes pembubaran gabungan kerajaannya yang langsung menyebabkan negara tersebut bergelut dengan keadaan ketidak tentuan politik.
“Saya mengumumkan peletakan jawatan saya berikutan pembubaran gabungan parlimen dan sekatan inisiatif kerajaan,” ujar Yatsenyuk dengan marah kepada parlimen.
Ukraine juga dilanda kemelut politik berikutan wilayahn timurnya yang sedang bergolak selepas dikuasai pemberontak.
Perletakan jawatan beliau juga meninggalkan kesan ke atas keputusan pembiayaan kos perang negara tersebut dengan pemberontak pro-Russia. Pakar antarabangsa juga sedang menjalankan terhadap negara tersebut berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17yang terhempas dipercayai ditembak jatuh minggu lalu.
Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk.
Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia.
Sumber : Astro Awani, The Star Online & Reuters