Kepada peminat minyak Argan, pastinya anda sudah tidak sabar untuk mendapatkan Melvita Argan+ Dry Touch Face Oil ( Minyak Muka Sentuhan Kering ). Minyak muka sentuhan kering Argan+ ini mempunyai tekstur tidak berminyak dan kemasan satin adalah inovasi terkini mereka.
Bagaimana Melvita mendapatkan minyak Argan ini?
Mereka memilih kawasan organik di rantau Essaouira di Maghribi dan mereka menggunakan teknik tekan sejuk mekanikal untuk mengekalkan khasiatnya.
Argan+ Dry Touch Face Oil
Minyak ini dijual pada harga RM196 untuk 30ml bermula Mac 2015 dengan pelbagai khasiat, dengan teksturnya yang ringan, tidak berminyak dan sentuhan keharuman flora.
Kelebihan :
1. Membantu mengentalkan kulit.
2. Kaya dengan Omega 9, Omega 6 dan sterol.
3. Minyak Bunga Matahari Organik : Terkenal kerana kaya dengan omega 6.
4. Minyak Tumbuhan Terester : Menyerap dan menghantar bahan aktif ke kulit.