Ramai juga artis-artis tempatan/selebriti yang meninggal diusia muda. Disini antara nama-nama mereka yang meninggal dunia di usia muda.
- Yanie-Mentor (Siti Suriani Julkarim) telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Keningau Sabah pada Mac 2010 akibat penyakit ketumbuhan pada paru-paru.
- Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) telah pergi pada usia 28 tahun pada April 2010 akibat kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban yang dipandu oleh sahabatnya dengan kereta Toyota Estima.
- Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah juga pada April 2010.
- Dunia juga telah digemparkan dengan berita kematian tentang bekas isteri penyanyi terkenal Nash iaitu Datuk Sosilawati Lawiya yang amat tragis. Mengikut penyiasatan yang telah dibuat ole Pihak Polis, beliau telah dibunuh oleh 7 suspek yang juga adalah kakitangan syarikat beliau sendiri. Mayatnya juga telah dibakar dan abunya dibuang di Pantai Morib, Selangor.
- Faizal Yusof adalah seorang pelakon muda yang berbakat yang juga bekas suami kepada penyanyi Nana telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Pemergian beliau telah disaksikan oleh ahli-ahli keluarga dan sahabat terdekat.
- Antara peserta sehati berdansa, Ariff Johan Abdul Jalil bekas suami penyanyi Atilia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 42 tahun di Hospital Universiti, Petaling Jaya akibat penyakit kanser hati. Walaupun Atilia dan Ariff Johan telah lama berpisah namun pemergian beliau amat menyedihkan buat dia sekeluarga.
- Hani Mohsin adalah seorang pelakon berbakat yang pernah mendirikan rumahtangga bersama aktres dan produser Tiara Jacquelina dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hani Karmila. Namun mereka bercerai setelah 5 tahun bersama. Ketika beliau menunggu penerbangan di Terminal Tambang Murah (KLIA) ke Pulau Langkawi untuk melancong bersama anaknya, beliau jatuh pengsan dan disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.
- Finalis Bintang RTM dan juga abang kepada Aril (AF4), beliau yang terkenal dengan lagu ‘Kembali Senyum’, Izwan Pilus telah kembali ke rahmatullah pada usia 32 tahun di Wad ICU Hospital Ampang akibat jangkitan kuman dalam darah dan kegagalan organ dalaman. Antara tulisan terakhir beliau berbunyi “Tidak lena tidur malam tadi sebab sakit perut ‘bloated’ dek minum protein….Huh!! “So I need my sleep now’!!. Berita kematiannya disahkan sendiri oleh adiknya Aril menerusi twitter.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.
Al-Fatihah….