Anda mencari pembersih muka untuk kuasa pemutihan dan penghidratan? Mungkin ini adalah yang terbaik untuk anda.
Alami kehebatan pembersih muka Deep Clean Brightening Foaming Cleanser dengan 2X kuasa pemutihan dan Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser dengan 2X kuasa penghidratan daripada Neutrogena, jenama penjagaan kulit No. #1 di Amerika Syarikat yang disyorkan oleh ahli dermatologi.
Kedua-dua produk rangkaian Deep Clean Foaming Cleanser ini sesuai untuk masalah-masalah kulit biasa yang dihadapi oleh pengguna di Malaysia seperti kulit kusam dan berminyak.
Kedua-dua produk tersebut menampilkan formula Unique Deep Clean®oleh Neutrogena dengan buih yang kaya berkrim yang membersih jauh ke dalam pori dengan melarutkan kotoran, minyak dan mekap, menanggalkan 99% bendasing bagi memberikan kulit yang segar dan bersih dengan kawalan minyak terbaik pada Zon T untuk penampilan yang bebas daripada minyak.
Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser
Pembersih muka Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser memberikan pembersihan efektif dengan penghapusan 99% bendasing dan dua kali kuasa penghidratan, membuatkan kulit kelihatan bersih dan anjal. Ini dicapai dengan ‘water mineral complex’ yang istimewa yang diketahui meningkatkan penghidratan kulit.
Pembersih muka ini sesuai digunakan sebagai pembersih di waktu pagi kerana harumannya yang segar memberikan tenaga, ciri kawalan minyaknya yang tahan lama membantu memastikan kulit kelihatan bersih lebih lama dan kuasa penghidratannya mampu menghindar kesan pengeringan akibat tidur di dalam persekitaran berhawa dingin.
Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser
Pembersih muka Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser menawarkan penghapusan 99% bendasing, membuatkan wajah kelihatan bersih dan berseri dengan ekstrak mulberi dan ‘vitamin complex’ pemutih yang terbukti secara klinikal membuatkan wajah lebih putih dengan setiap cucian.
Pembersih muka ini sesuai digunakan sebagai pembersih waktu malam kerana ia berkesan menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sisa pencemaran alam sekitar yang membuatkan kulit kusam, mekap dan penapis suria. Haruman buah-buahan segar menenangkan dan membantu anda beristirahat selepas penat bekerja.
Pembersih muka Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser dan Hydrating Foaming Cleanser kini boleh didapati di semua cawangan Guardian dan Watsons. Dapatkan kedua-dua varian pada harga RM21.70 setiap satu dan lengkapkan rutin kecantikan harian anda!