Hebat betul penangan teknologi sekarang terutamanya telefon pintar. Buktinya, kebelakangan ini, kami dapati kunci “iPhone’ asyik menjadi trending di laman sosial Twitter. Semuanya gara-gara peranti baru dari syarikat elektronik gergasi dari Amerika Syarikat iaitu Apple Inc diwarwarkan bakal mengumumkan peranti terbaru daripada mereka.
Penantian tersebut nampaknya telah berakhir apabila syarikat tersebut telah mengumumkan tiga produk terbarunya yang bukan sahaja iPhone 6 malah dua lagi iaitu iPhone 6 Plus, dan Apple Watch. Tiga produk tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple , Tim Cook di Cupertino , California awal hari ini.
Berbanding model peranti iPhone sebelumnya, antara perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah saiz skrin yang lebih besar iaitu 4.7 inci untuk iPhone 6 dan 5.5 inci untuk iPhone 6 Plus selain jangka hayat bateri yang lebih lama.
Apple Watch boleh menerima panggilan telefon dan mesej, bermain muzik, berfungsi sebagai dompet digital untuk membayar barangan dan memantau kadar jantung melalui sensor khas. Jam tangan ini akan dipasarkan dalam tiga koleksi, termasuk edisi sukan dan kelas atas talian bersalut 18-karat emas.
Melalui tinjauan kami di laman Twitter, ramai yang tidak sabar menunggu pasaran peranti ini di Malaysia. Antara topik yang hangat diperkatakan adalah khabar angin harga peranti ini yang kononnya bakal mencecah RM3800. Ada juga troll yang “mengejek” jenama ini yang dikatakan ketinggalan kerana baru mengeluarkan telefon skrin pintar. Apapun kami percaya peranti dari jenama ini mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri bukan. Adakah anda salah seoarangnya?
[ Sumber ]