adidas, telah diumum sebagai rakan Pakaian Rasmi bagi acara Standard Chartered KL Marathon 2015 yang menyaksikan syarikat ini diberi hak untuk membekalkan pakaian bagi perlumbaan maraton tersebut.
Bersempena dengan usahasama ini, adidas telah melancarkan juga barangan rasmi eksklusif Standard Chartered KL Marathon bagi menyambut kerjasama bersejarah ini.
Dikhususkan untuk perlumbaan akan datang ini, rangkaian barangan rasmi merangkumi siri kasut larian Supernova Glide BOOST musim Luruh/Sejuk 2015, baju ‘run’ ClimaLite® untuk lelaki dan wanita, topi edisi terhad serta air botol adidas.
Standard Chartered KL Marathon, selaku acara larian premium yang selama ini menjadi pentas buat pelari-pelari handalan mempamerkan kehebatan masing-masing, telah dilangsungkan untuk enam tahun berturut-turut sebelum ini.
Demi mencapai matlamat masing-masing, pelari-pelari akan membuat persiapan yang serapi mungkin untuk memastikan mereka mencatat masa yang dihajati pada 4 Oktober 2015 nanti.
Selaku rakan Pakaian Rasmi bagi acara maraton berprestij ini, adidas telah menggunakan teknologi pakaian ClimaLite® terbaharunya yang menampilkan yarn kapas dan gentian sintetik. Ia direka bentuk sedemikian supaya peluh dapat disejat dengan cepat daripada permukaan fabrik.
Baju rasmi kejohanan menampilkan teknologi ClimaLite® adidas yang berfabrik nipis dan ringan bagi penjanaan prestasi berlanjutan, dan tidak lengkaplah jika tanpa sepasang kasut larian Supernova Glide BOOST Luruh/Sejuk 2015 untuk sokongan tambahan dan perlindingan tapak kaki. Pada hari acara, adidas turut memperagakan barisan produk lariannya seperti kasut larian Ultra BOOST Luruh/Sejuk 2015, dan pakaian Climachill yang baru dilancarkan untuk dipilih pelari-pelari bagi persiapan menjelang perlumbaan.
Barangan Rasmi Standard Chartered KL Marathon 2015 adidas akan dibuka untuk jualan di mana-mana kedai adidas Sports Performance di seluruh negara. Anda boleh membeli koleksi barangan rasmi SCKLM 2015 pada harga seperti berikut:
- Baju ‘run’ ClimaLite®, RM90
- Topi adidas, RM45
- Botol air adidas, RM25
Tambahan lagi, pelari-pelari yang sudah mendaftar untuk SCKLM 2015 akan menikmati diskaun bagi pembelian sepasang kasut larian Supernova Glide BOOST Luruh/Sejuk 2015 pada harga potongan RM299 (harga asal RM430, termasuk GST) di kedai-kedai adidas Sports Performance terpilih. Dengan menunjukkan bukti penyertaan SCKLM 2015, anda juga berkesempatan untuk menikmati perkhidmatan jahitan nama khusus secara percuma bermula dari 3 September hingga 15 November 2015 di outlet The Marathon Shop di Pusat Membeli Belah Lot 10, Kuala Lumpur dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway.
- Laman web : adidas.com.my/ultraboost
- Facebook : facebook.com/adidasMY; facebook.com/adidasRunning
- Twitter : twitter.com/adidasMY; twitter.com/adidasrunning
- Instagram : instagram.com/adidasrunning