Khas buat penggemar kasut gaya sneakers seantero dunia, 17 Mac bakal menjadi tarikh keramat bagi kemunculan rekaan baru untuk koleksi NMD dari rangkaian Adidas Originals.
Koleksi ini mula menarik minat perhatian orang ramai terutamanya dalam kalangan lelaki dan wanita yang gemarkan gaya sepatu kasual yang ranggi -saat pertama kali ia dilancarkan pada penghujung tahun 2015.
Boleh dikatakan, hampir semua koleksi NMD dari rangkaian Adidas Originals habis dijual kerana mendapat permintaan yang cukup tinggi dari seluruh dunia.
Baru-baru ini, istimewa untuk keluaran koleksi musim Bunga/Panas 2016, Adidas sekali lagi menawarkan pelbagai variasi rekaan kasut dari siri NMD yang jauh lebih menarik! Walaupun warna yang ditawarkan adalah terhad, tetapi setiap satu rekaan memiliki reka bentuk eksentrik tersendiri.
Adidas Originals NMD CS1 -City Sock
Adidas Originals buat yang pertama kalinya mengeluarkan jenis rekaan yang mempunyai iterasi potongan tengah bagi model jenis NMD ini yang digelar NMD City Sock. Walau bagaimanapun, NMD_CS1 ini sebenarnya mengambil inspirasi yang disunting dari gaya kontemporari berfungsi dengan menggunakan tekstil kait Primeknit bertekstur bersih yang dihiasi motif jalur. Ini adalah salah satu variasi sensasi yang berlandaskan falsafah NMD sendiri untuk mengetengahkan rekaan kasut yang diterap dengan elemen bergaya.
Adidas Originals NMD Runner_R1 -City Pack (RM490 & RM750)
Kemunculannya bagai suatu mimpi yang indah, khas untuk perempuan dan juga lelaki, kasut NMD Runner City Pack yang dihiasi gabungan rona menonjol ini bisa sahaja meningkatkan keyakinan diri disamping anda sedang bergaya sakan!
Ia menampilkan kombinasi antara kedua-dua rekaan NMD Runner bersama Adidias Originals. Dengan berasaskan material paling ringan untuk melitupi bahagian atas permukaan kasut, sensasi rekaannya juga tidak dinafikan lebih berstruktur serta memukau! Manakala 3 jalur yang melengkapi ruang sisi kasut dapat memberi sedikit sentuhan sporty.
Adidas Originals NMD Runner_R1 -Details Pack (RM490)
Anda berpeluang untuk memiliki koleksi Adidas Originals NMD_R1 yang dipenuhi sifat dan elemen estatik apabila diterjemahkan ke dalam rekaan yang bersesuaian mengikut pengayaan fesyen wanita masa kini.
Reka bentuk strukturnya banyak disokong oleh campuran pelbagai fabrikasi mewah, termasuk tekstil jenis baldu dan jersi mudah lentur. Bukan itu sahaja, bahagian tumit kasut ini turut dihiasi tampalan kulit yang berwarna gelap serta plug tembaga yang melitupi bahagian hadapan tumit kasut bagi memwujudkan rekaan yang lebih menonjol. Ia terdapat dalam dua pilihan warna seksi termasuk hitam dan merah wain.
Kesemua koleksi Adidas Originals NMD baharu untuk musim Bunga/Panas 2016 ini boleh dibeli di semua gedung konsep Adidas Originals cawangan KLCC & Pavilion, Sole What One Utama dan Crossover Midvalley Megamall bermula 17 Mac 2016. Untuk keterangan lanjut, sila layari shop.adidas.com.my.