Vokalis kumpulan Maroon 5 Adam Levine sebelum ini telahpun dilaporkan bakal berkahwin dengan tunangannya yang juga merupakan model Victoria Secret, Behati Prinsloo .
Pasangan sama cantik sama padan bakal melangsungkan resepsi perkahwinan mereka pada Hari Jumaat , 18 Julai ini diikuti dengan acara bertukar ikrar janji setia pada keesokan harinya.
Berita gembira ini sememangnya menarik, tapi berita yang satu lagi ini kami rasa lebih menarik. Mentor program realiti Voice ini khabarnya ingin memohon maaf kepada semua bekas teman wanitanya sebelum menamatkan zaman bujangnya. Katanya, lelaki yang dinobatkan sebagai Sexiest Man Alive oleh majalah People itu rasa sedikit bersalah terhadap perhubungan masa lampaunya.
Jadi antara senarai wanita-wanita ini adalah termasuk Cameron Diaz, Anne V, Jessica Simpson, Nina Agdal dan Maria Sharapova.
Baca : 12 Senarai Wanita Yang Pernah Dikaitkan Dengan Adam Levine
Menurut sumber, Levine ingin memohon maaf terhadap cara layanannya kepada mereka ketika mereka dalam perhubungan. Mungkin juga Levine bukan seorang teman lelaki yang baik, kata sumber tersebut. Misalnya , ketika dia ingin memutuskan hubungan dengan model Nina Agdal, dia telah bertindak untuk mengabaikan panggilan telefon daripada model tersebut dan kemudiannya memaklumkan tentang berita pertunangannya dengan Behati hanya melalui teks.
Selain itu, menurut laporan media lagi sebagai tanda kesetiaanya terhadap bakal isterinya, Adam juga bakal mencacah tatu dengan nama Behati di bahagian dadanya.
Haii, dah macam dalam filem pula kisah cinta Adam Levine ni.