Hello! Siapa yang tidak gemar dengan makanan percuma? Buat anda yang gilakan pastri manisan seperti donut, jangan lepaskan peluang untuk menjejakan kaki di mana-mana cawangan Krispy Kreme Doughnut seluruh Malaysia pada Jumaat ini, 3 Jun 2016 bersempena Hari Donut Kebangsaan!
Kenapa? Demi memeriahkan sambutan keramat itu, Krispy Kreme Doughnut bakal memberikan anda donut “Original Glazed” secara percuma tanpa sebarang pembelian. WOW!
Jadi, jika anda belum pernah membeli atau merasa keenakan donut yang diadun dengan penuh kepakaran oleh Krispy Kreme Doughnut yang kaya dengan variasi tekstur serta perisa donut menarik, inilah masanya untuk anda mencuba! Dah cuba sekali, anda pasti mahukannya lagi.
Ayuh sama-sama kita meriahkan sambutan Hari Donut Kebangsaan yang jatuh pada hari Jumaat pertama pada bulan Jun setiap tahun. Sememangnya, banyak gerai donut dan kedai kek di luar negara akan mengedarkan donut secara percuma kepada orang awam.
Jadi, apa anda tunggu lagi? Stok donut adalah terhad dan setiap seorang hanya layak mendapat satu donut sahaja. Jika anda tidak mahu ketinggalan serta beratur panjang menunggu giliran, anda dinasihatkan supaya hadir awal ke cawangan Krispy Kreme Doughnuts yang berdekatan okay?
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.krispykreme.com.my atau lawat facebook Krispy Kreme Doughnuts di www.facebook.com/KrispyKreme.Malaysia