Misteri dua penumpang yang menggunakan pasport curi menaiki pesawat MH370 dari KLIA ke Beijing didakwa merupakan warganegara Iran, menurut laporan BBC.
Laporan BBC memetik rakan kepada kedua penumpang itu juga merupakan warga Iran yang mendakwa dia telah membantu mereka sewaktu berada di Kuala Lumpur selepas tiba dari Tehran, beberapa hari sebelum penerbangan mereka ke Beijing. Rakan yang sudah mengenali salah seorang penumpang sejak persekolahan di Iran lagi berkata kedua lelaki itu membeli pasport curi tersebut kerana mereka mahu berpindah dan terus menetap di Eropah.
Update Terkini Jam 3 Petang (11 Mac 2014) – Salah seorang penumpang yang menggunakan pasport curi ialah warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mehdad berusia 19 tahun manakala seorang lagi masih disiasat. Warga Iran ini menggunakan pasport curi dari Austria ( Christian Kozel ) . Nour datang ke negara ini pada 28 Februari dan keluar pada 9 Mac menaiki pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) MH370.
BBC juga menjelaskan dua penumpang tersebut telah membeli pasport di Kuala Lumpur serta tiket ke Amsterdam, via Beijing. Destinasi akhir salah seorang yang menggunakan pasport curi ialah di Frankfurt, di mana tempat ibunya tinggal. Seorang lagi ingin meneruskan perjalanan ke Denmark.
Update 12 Mac 2014 – Interpol mendedahkan identiti penumpang pasport curi yang kedua, yang juga warga Iran. Namanya, Delavar Seyed Mohammad Reza, 30 tahun. Menggunakan pasport curi dari Itali (gambar diatas).
Terdahulu, satu laporan Financial Times mengatakan:
- Agen pelancongan Thailand mendedahkan seorang warganegara Iran merupakan individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menggunakan pasport curi.
- Warga Iran tersebut dikenali sebagai Encik Ali.
- Agen pelancongan Thailand memberitahu pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad.
- Namun terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali.
- 6 Mac lalu, Ali menghubungi agen pelancongan itu untuk menempah tiket Penerbangan Malaysia kerana dikatakan ketika itu tiket paling murah yang ada.
- Kemudiannya menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.
Walaubagaimanapun, kesahihan sama ada dua penumpang tersebut warganegara apa masih tidak diketahui lagi sehingga kini.