Tiada jalan pintas untuk mendapatkan bentuk badan ideal! Hanya dengan diet yang sihat serta bersenam merupakan cara yang paling terbaik untuk capai impian anda itu.
Bagaimanapun, pengambilan makanan anda perlu selari dengan rutin senaman bagi membantu membentukkan beberapa area di badan anda.
Untuk mendapatkan perut yang rata, anda perlukan makanan yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya sembap, protein untuk metabolisma yang sihat dan anti oksidan, semua ini diperlukan untuk berjaya.
Ini merupakan sembilan makanan untuk mendapatkan perut yang rata:
1. Badam
Badam sangat kaya dengan serat dan protein, serta Vitamin E dan anti oksidan yang kuat. Ia juga mengandungi magnesium, mineral yang membantu anda untuk mengeluarkan tenaga dan membina tisu otot yang baharu.
Mengelakkan daripada mengidam, stabilkan kandungan gula dalam darah dan menghalang kalori.
Satu auns sehari akan memberi anda perut yang lebih elok dan elak daripada kedutasan, sakit jantung, cancer dan darah tinggi.
2. Telur
Tiada sumber protein yang lebih hebat dari telur!
Keseimbangan kandungan amino asid yang dijumpai dalam telur sangat diperlukan di dalam badan anda untuk membina otot serat.
Ambil telur sebagai sarapan anda untuk membuatkan anda rasa kurang lapar sepanjang hari. Tetapi jika anda mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, elakkan selagi boleh!
3. Buah Beri
Setiap makanan yang mengandungi serat merupakan ‘kawan baik’ dalam diet termasuklah buah beri. Perut yang rata memerlukan 35 gram serat setiap hari untuk mengelakkan serapan kalori yang didapati dari sumber makanan yang lain.
Ambil sekurang-kurangnya setengah cawan buah beri setiap hari.
Paling menyeronokkan bahawa anda tidak terhad kepada satu buah beri sahaja! Pelbagai pilihan seperti blueberries, raspberries dan strawberi, tetapi untuk kesan yang menakjubkan, anda boleh makan gooseberries, boysenberries dan blackcurrants.
4. Kayu Manis
Menambah kayu manis ke dalam diet anda menolong anda untuk tahu tentang berat badan anda, dan membuatkan perut menjadi rata. Kajian U.S mengesahkan bahawa kayu manis boleh mengurangkan glukosa di dalam darah, yang membuatkan anda tidak rasa lapar.
Selain itu, ia berfungsi untuk elak daripada sembap dan mengandungi anti oksidan untuk kesihatan seluruh badan.
5. Sup Sayur
Sup sayur pasti akan membuatkan anda mendapatkan pinggang yang ramping. Ini kerana ia tidak mengadungi kalori yang banyak.
Manakala ia akan membantu mengurangkan berat badan dan elakkan berat badan daripada naik semula.
Mulakan dengan satu cawan sodium yang rendah, sup sayur rendah lemak setiap hari.
6. Sayuran Hijau
Mencegah cancer dan obesiti, sayuran hijau pasti pilihan terbaik untuk anda!
Meletakkan sayuran ke dalam diet akan neutralize free radikals dan bantu untuk kempiskan bahagian pinggang anda.
Gunakan sayur bayam di dalam salad, sup, dan lain-lain dan anda berada satu langkah awal untuk mencegah sakit jantung, cancer, sakit tulang dan obesiti.
Alternatif sayur lain: Arugula, Broccolini, Broccoli rabe dan sayuran hijau yang lain.
7. Yogurt
Kandungan protein yang tinggi dan kalsium dalam yogurt dapat membantu menghilangkan lemak di bahagain yang tertentu.
Probiotic bacteria yang terdapat dalam yogurt juga elok untuk sistem pencernaan dan kurangkan kesembapan, sembelit dan gas.
8. Ikan Salmon
Salmon kaya dengan Omega 3 dan dengan hanya satu hidangan sebnayak 75 gram, anda mampu dapatkan 770 mg omega 3.
Membakar lemak dan meningkatkan insulin glukosa.
Dapatkan 2 hingga 4 auns satu hidangan setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang benar!
Alternatif lain: Tuna dan mackarel.
9. Quinoa
Quinoa mengandungi protein yang lebih banyak daripada bijiran yang lain dan ia kaya dengan B Vitamin, serat, manganese, tembaga dan magnesium.
Anda pasti menikmati tekstur yang crunchy dan pada masa yang sama hilangkan lemak di bahagian badan dengan cara yang mudah. Ambil satu setengah cawan quinoa setiap hari untuk mendapatkan perut yang rata.
Gabungkan kesemua makanan ini bersama rutin senaman anda untuk kesan perut rata yang menakjubkan!