8 Tips Bermain Aplikasi Permainan ‘Flappy Bird’ Di iOS dan Android

Posted on Feb 2 2014 - 11:02am by Aida Sue

Flappy-Bird-tips

Permainan yang nampak mudah, tetapi menjengkelkan. Aplikasi permainan mudah alih ‘Flappy Bird’ kini popular di kalangan pengguna telefon pintar dan ramai yang geram apabila bermainan permainan ini. Cara permainan Flappy Bird amat mudah. Anda bermain sebagai burung eponim yang perlu terbang melalui jurang antara paip hijau seperti paip Super Mario. Anda perlu tap ( ketuk ) skrin telefon pintar anda untuk menerbangkan burung, dan jika anda menyentuh apa-apa atau tidak cukup tap , burung anda mati serta-merta dan anda perlu memulakan permainan dari awal.

Penulis telah cuba bermain permainana ini dan ia agak addictive. Pemain akan sentiasa cuba mendapat skor tertinggi tetapi pada masa yang sama geram kerana permainan ini memang sukar! Jadi apa tips untuk bermain Flappy Bird?

1.Tenang. Untuk bermain permainan ini, anda perlu relaks dan tenang. Game ini memang susah, bukan untuk anda saja, bahkan satu dunia geram semasa bermain permainan ini. Kalau sudah mencapai markah lebih dari 10 itu, anda dah dikira hebat!

2. Perlu ada rentak. Untuk bermain permainan ini, anda perlu anda rentak semasa anda mengetuk ( tap ) skrin telefon anda.

3. Betulkan posisi burung. Ini penting kerana kedudukan jurang antara batang paip adalah berlainan untuk setiap permainan. Jadi letakkan posisi burung anda di tengah-tengah, jangan terlalu tinggi  dan juga terlalu rendah.

4. Jangan mengaku kalah. Sudah lumrah bermain Flappy Bird, peratus anda berjaya mendapat skor lebih dari 10 jika anda telah bermain permainan ini lebih dari….20 kali? Atau lebih dari 50 kali cubaan. Cuba dan cuba lagi walaupun anda rasa seperti hendak baling telefon anda ke dinding ataupun menumbuk meja.

5. Berehat. Jika anda gagal mendapat skor yang baik selepas berpuluh kali main, berehat seketika dan tenangkan minda. Seperti tips pertama tadi, anda perlu TENANG.

6. Flappy Bird menawarkan pingat jika anda berjaya mendapat skor 10,20 dan seterusnya.. ( saya tak tahu kalau dapat markah lebih 50 dapat pingat apa sebab berjaya dapat skor kurang dari 20 ). Mungkin anda akan dapat bantuan khas kalau berjaya dapat skor yang lebih tinggi, siapa tahu?

7. Gunakan iPad atau guna gajet yang mempunyai skrin besar, lebih mudah untuk bermain.

8. Game Over. Kalau lebih 100 kali cuba dan gagal, muat turun aplikasi permainan lain sajalah. Sekian. Selamat mencuba!

20140202-105957.jpg

 

About the Author

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

1 Comment so far. Feel free to join this conversation.

  1. Keith D.Ace February 2, 2014 at 11:30 am - Reply

    Saye suke post ini! *baling henset

Leave A Response