1. Ketepikan kesesuaian
Tidak semua fesyen terbaru yang sedang menjadi trend sesuai dengan anda. Pastikan potongan, rekaan dan warna barangan yang mahu dibeli sesuai untuk anda.
Seperkara lagi adalah saiz, jangan ikutkan hati juga membeli walaupun saiznya terlalu besar atau kecil buat anda. Berfesyen jangan sampai kelihatan “tidak senonoh” dan “menyakitkan mata”.
Bergaya juga perlu seiring dengan personaliti dan gaya hidup anda sendiri. Berpakaian ikut kesesuaian umur juga penting.
2. Kaca mata hitam dalam mall/ bangunan tertutup
Memang tidak dinafikan yang kaca mata hitam adalah cara segera dan mudah untuk anda nampak bergaya. Melainkan anda punya alasan seperti meyembunyikan mata lebam, harus diingat bahawa fungsi asal kaca mata hitam adalah untuk melindungi mata dari bahaya sinaran UV selain meredupkan pandangan
3. Obses jenama
Individu begini hanya mementingkan jenama semata-mata ketika membeli pakaian, beg atau kasut. Baginya, tak kisah cantik ke tidak, janji , jenama terkenal. Ada juga yang sanggup membeli barangan tiruan semata-mata nak nampak bergaya bak selebriti.
4. Copycat
Lumrah jika kita suka melihat dan mengagumi gaya dan fesyen selebriti terutamanya yang diangkat sebagai ikon stail seperti Olivia Palermo dan Alexa Chung. Tidak menjadi kesalahan menjadikan gaya mereka sebagai inspirasi kala bergaya, tetapi kalau tiru bulat-bulat dan obses mahu menjadi seperti mereka sepersis yang boleh, sah anda mangsa fesyen!
5. Bergaya untuk tarik perhatian semata-mata
Apapun yang anda lakukan, buat untuk kepuasan diri sendiri. Tampil menarik adalah salah satu kunci untuk anda menaikkan keyakinan diri anda. Janganlah bergaya hanya untuk menarik perhatian orang lain semata-mata dan mengharapkan pujian. Hidup untuk impresskan orang lain memang memenatkan. Niat pun dah salah.
6. Berbelanja untuk membeli belah secara keterlaluan
Normallah bagi mana-mana wanita pun untuk hilang pertimbangan seketika apabila melihat koleksi baju- baju yang cantik di pasaran. Tetapi, susahlah kalau anda membelanjakan hampir semua wang gaji anda untuk membeli baju sahaja. Anda ada bil untuk dibayar ,perut untuk diisi makanan dan anda perlu wang simpanan untuk jaminan masa hadapan. Rancang perbelanjaan anda dan jangan terlalu ikutkan nafsu. Tidak perlu terlalu ikut fesyen setiap musim.
7. Pakai walaupun terpaksa
Secara peribadi, penulis percaya keselesaan sangat penting dalam berpakaian. Anda tentu akan rasa canggung dan secara tidak langsung hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Jangan biarkan orang lain tentukan apa yang anda perlu pakai.
Tidak salah menerima dan meminta pandangan orang lain, tetapi pokok pangkalnya, anda yang perlu buat keputusan untuk diri sendiri. Misalnya, jika anda tidak selesa memakai baju pendek , jangan pakai hanya kerana ia nampak trendy dan cantik. Jangan kerana nak bergaya nak bongkokkan badan pun susah.
8. Try so hard
Dalam bergaya dan berfesyen, tidak perlulah sampai nak “pecah kepala” memikirkan apa yang mahu dipakai. Tidak perlu beria-ia sangat semata-mata nak nampak cantik dan stailo. Jadilah diri sendiri dan jangan jadikan isu , “ Nak pakai apa ya ke pejabat esok” seperti satu masalah negara. Seperkara lagi ingat, less is more dan simple is classy.