Semua orang yang berkahwin tidak mahu melalui proses perceraian. Akan tetapi, jodoh dan pertemuan itu milik Tuhan dan tidak semestinya satu-satu perkahwinan itu berakhir dengan kebahagiaan. Ya, semua manusia normal yang berkahwin pasti mengimpikan kesetiaan tetapi mungkin perkahwinan itu boleh berakhir dengan perpisahan.
Apa akan jadi dengan anak-anak jika ibu bapa bercerai? Apa perasaan anak-anak ketika itu dan macam mana nak mempersiapkan anak-anak anda dari segi emosi? Ketika perceraian harus terjadi, bagaimana agar anak-anak boleh dipulihkan dari segi semangat? Bagaimana menjawab soalan sukar dari mereka? Bagiamana boleh membuat masa depan mereka tetap penuh rasa aman dan harapan?
Itu semua bukan tugas yang mudah tetapi ia boleh dilakukan. Berikut adalah tips dari kami :
1. Ibu bapa harus tetap menjaga diri mereka. Ibu bapa yang bercerai cenderung tidak menjaga diri. Gaya hidup jadi tak teratur, penampilan jadi teruk, dan emosi selalu tidak seimbang. Hal inilah yang diperhatikan oleh anak dan membuat mereka makin tertekan. Jika orang tua yang bercerai boleh menjaga diri agar tetap stabil, itu akan sangat membantu anak-anak mereka.
2. Bantu anak anda untuk pulih dari segi emosi. Pemulihan bagi anak yang terluka harus bermula dengan orang tua mereka. . Ambillah waktu untuk sama-sama bersama anak mendekatkan diri dengan Tuhan. Di samping itu, dengar kata-kata dan keluhan mereka dan cuba melakukan komunikasi yang matang dengan anak anda. Dengar apa yang anak anda perkatakan mengenai kerisauan mereka dan galakkan mereka bercerita mengenai apa yang mereka alami.
3. Biarkan anak tetap menjadi anak. Ibu bapa yang bercerai kadang-kadang memerlukan anak-anak mereka untuk mencari justifikasi dan perlindungan serta kekuatan untuk mereka sendiri. Padahal itu boleh memaksa seorang anak untuk menjadi dewasa sebelum waktunya. Kerana itu, sebolehnya jangan jadikan anak sebagai objek untuk berlari dari kesedihan dan kesakitan jiwa.
4 Berbincang jika perlu. Jika anak-anak anda mula bertanya soalan kepada anda, bersedia untuk menjawab soalan mereka. Ambil nafas panjang, duduklah dengan mereka dan jelaskan kepada mereka elok-elok. Bersedia untuk menerima pelbagai reaksi.
5 Percaya. Hampir semua ibu bapa yang bercerai takut jika kejadian yang sama akan berulang pada kehidupan rumah tangga anak mereka. Kerana itu, kuncinya adalah pemulihan. Jika anak sudah dipulihkan, maka percayalah bahawa sejarah tidak harus berulang kembali.
6. Ibu bapa harus mengaku kepada anak mereka yang akan berlaku di dalam hidup mereka. Walaupun begitu cabaran-cabaran yang akan dilalui akan dihadapi bersama dan ibu bapa juga harus bersikap jujur serta penerangan diberikan dengan cara yang mudah difahami.
7. Sabar. Kadang-kadang anak-anak ini tidak tahu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati mereka, dan ada yang membuat pelbagai cara untuk menunjukkan respon negatif terhadap perceraian anda dan pasangan. Beri sokongan kepada anak anda dan yakinkan mereka yang anda bersedia mendengar apa yang mereka ingin luahkan.
Selepas ibubapa menyelesaikan masalah mereka, ingatlah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Walaupun sudah tidak lagi menjadi suami-isteri, mereka masih menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak itu. Jadi, tunaikanlah tanggungjawab sebagai ibu dan bapa ini seperti biasa.