“Eyh, jangan buang barang terpakai tu!”
Apa kata, kita gunakan barang terpakai seperti kotak tisu, bijirin, tisu dan botol-botol untuk melakukan Do It Yourself (DIY) yang mudah, dan pasti mencuit hati anda.
Terdapat 7 DIY yang akan memberikan hiasan yang ceria di dalam rumah anda, antaranya:
1. Pinata Mini
Pinata berasal dari bahasa Italia “pignatta” yang bererti “benda yang mudah pecah”. Selalunya pinata akan berada di majlis hari jadi atau meraikan sesuatu.
Hanya menggunakan crepe paper, gunting dan gam serta kotak bijirin, anda boleh menceriakan majlis anda dengan belajar melakukannya disini.
2. Bekas ‘Chalkboard’
Bekas yang comel merupakan bekas makanan bayi!
Tetapi, jangan gusar, anda boleh lakukannya dengan menggunakan botol atau bekas yang lain. Dengan hanya klik disini.
3. Bekas letak alatan tulis
Percaya tak, tempat letak alatan tulis ini diperbuat daripada botol shampoo? Anda boleh mengikut langkah-langkah seperti tertera di dalam gambar atau layari sini (arahan dalam bahasa Portugis).
4. Pasu bunga pelangi
Lawakan? DIY ini sesuai untuk dekorasi di rumah mahupun di luar (jika anda mempunyai perkahwinan di laman luas). Ikuti arahan disini.
5. Eh! Bekas duit syiling
Kreatifnya orang ini! Apa lagi, kepada sesiapa yang suka minum jus ataupun susu kotak, jom ikuti langkah-langkahnya disini.
6. Bekas Surat khabar dan Majalah
Kepada penggemar membaca masalah atau surat khabar, sekarang anda tidak perlu risau! Ikuti arahan disini untuk mengelakkan rumah daripada bersepah.
7. Cas telefon bimbit tanpa risau!
Sekarang, tiada lagi usb yang berbelit-belit dan anda boleh cas telefon bimbit di tempat yang tinggi daripada usb anda! Layari sini untuk mengetahui langkah-langkah seterusnya. Oh! DIY ini hanya menggunakan botol lotion sahaja.
Ingat bahawa barang-barang terpakai ini bukan sampah, inovatif yang ditonjolkan ini sesuai untuk dilakukan di rumah anda. Jadi apa tunggu lagi, mari cuba!
Layari BuzzFeed untuk D.I.Y yang lain!