Kecantikan wanita itu adalah suatu yang subjektif, apalagi kecantikan dari luar, ada banyak definisi cantik yang berbeza-beza mengikut pandangan seseorang.
Kecantikan fizikal atau luaran sememangnya mampu menarik perhatian siapa sahaja yang lemihatnya, namun ada kecantikan yang lebih semulajadi dan abadi iaitu inner beauty. Semua wanita, tidak kira warna kulit, bentuk tubuh akan tampak cantik jika memiliki inner beauty.
Inner beauty atau kecantikan dalaman adalah sesuatu yang berkaitan dengan bagaimana sikap anda, bagaimana anda menghadapi orang lain, dan juga kebaikan hati anda. Saat kecantikan luaran bakal hilang seiring dengan waktu, kecantikan yang berasal dari dalam tidak akan hilang.
Jadi, jom selahkan inner beauty dengan 7 cara ini:
1. Keyakinan Diri
Secantik manapun seorang wanita itu, semuanya akan sia-sia jika tiada keyakinan dan percaya diri. Jika seorang wanita mempunyai keyakinan pada diri yang tinggi, walaupun secara luarannya tidak sempurna, orang lain akan menangkap kecantikannya dari dalam.
Keyakinan dan rasa percaya pada diri ini akan mengalahkan wanita yang secara luarannya cantik, tetapi tiada keyakinan diri. Semua wanita lahir dengan kecantikan yang tersendiri, namun tidak semua orang boleh melihatnya. Jadi, tonjolkan kecantikan asli anda dengan rasa percaya pada diri.
2. Ramah dan Murah Senyuman
Wanita cantik, tetapi sombong dan angkuh tidak akan ada ertinya. Jadilah wanita yang ramah dan murah dengan senyuman. Wanita yang mesra mudah diterima oleh sesiapapun, di mana saja, tidak peduli mengenai luarannya. Senyuman adalah solekan wajah paling menawan yang anda boleh gunakan ketika berhadapan dengan orang lain.
3. Jadi Diri Sendiri
Anda tidak semestinya perlu menjadi seperti orang lain untuk tampak cantik dan menawan. Boleh sahaja meniru gaya solekan orang lain atau gaya pakaian artis tertentu, selagi ia masih sesuai dengan personaliti anda. Jangan pernah meniru atau memaksa diri untuk menajadi orang lain hanya kerana ingin dipuji cantik.
4. Hargai Orang Lain
Sentiasa ingat tiga perkataan ini: tolong, maaf, dan terima kasih. Tiga perkataan ini sangat penting untuk menunjukkan bahawa anda menghargai orang lain.
Ucapkan tolong pada orang lain agar anda tidak sewenangnya memerintah orang. Ucapkan maaf jika anda memang bersalah. Ucapkan terima kasih atas bantuan sekecil apapun yang diberikan orang lain kepada anda. Selalulah amalkan tiga perkataan ajaib ini, dan lihatlah orang lain akan lebih menghargai anda, kerana anda juga menghargai mereka.
5. Suka Membantu
Di sekitar anda, pasti ada ramai yang memerlukan bantuan, sama ada daripada segi wang ringgit ataupun tenaga. Ringankan tulang dan jadilah wanita yang murah dengan bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan. Disamping anda dapat meringankan beban mereka, anda juga mampu memupuk hati dan sikap yang baik dalam diri anda.
6. Tidak Pandang Rendah Pada Orang Lain
Apa gunanya jika anda cantik, namun anda memandang rendah pada orang lain. Wanita yang cantik dari dalam tidak akan pernah merendah-rendahkan orang lain. Jadilah wanita yang selalu menghargai orang lain, walau sekecil apapun peranan mereka dalam hidup anda.
7. Sentiasa Bersyukur
Jadilah wanita yang bersyukur dengan apa yang dimiliki. Selalu melihat ke atas hanya akan membuat anda berasa rendah diri dan lupa bahwa ada banyak hal yang seharusnya anda syukuri. Semakin selalu anda bersyukur pada Tuhan, semakin banyak anda merasa dicintai oleh-Nya. Dengan begitu, anda akan mudah memancarkan kecantikan dari dalam yang tidak akan hilang walau dimakan usia.
Sumber: vemale.com