Melancong merupakan aktiviti yang sesuai bagi menimba pengalaman dan info terbaru tentang sesebuah negara tersebut. Tetapi tidak semua pelancong
Teringin untuk melancong secara sendiri?
Impian anda tidak mustahil untuk dicapai! Terutama sekali bagi wanita yang inginkan percutian solo dan hanya meluangkan masa secara sendirian.
Melancong merupakan aktiviti yang sesuai bagi menimba pengalaman dan info terbaru tentang sesebuah negara tersebut. Tetapi terdapat ura-ura yang berkata jika anda wanita dan ingin pergi secara sendiri, ia merupakan aksi yang bahaya atas faktor-faktor keselamatan seseorang wanita itu.
Mengikut sumber, terdapat 7 bandar yang selamat dikunjungi secara solo dan selamat daripada sebarang muslihat:
- Copenhagen, Denmark
Negara ini mempunyai tarikan seperti taman hiburan Tivoli, istana Christianborg dan sebagainya. Merupakan salah satu ibu negeri kepada Denmark, membuka peluang kepada pelancong solo untuk berkunjung ke tempat ini.
Copenhagen sesuai kepada pelancong yang suka akan pemandangan dan membeli-belah. Struktur akitek yang sangat memukau, ini akan menjadi destinasi pilihan yang selamat bagi wanita yang melancong secara solo!
- Auckland, New Zealand
Diberi gelaran “City of Sails”, bandar ini mempunyai penduduk seramai 1,400,00 orang sahaja sangat sesuai jika anda ingin bercuti secara sendirian. Bandar yang harmoniini merupakan pelabuhan dan marina utama kapal layar Waitemata.
Mempunyai pantai sepanjang 3 km, merupakan tempat dengan pasirnya yang putih di Orewa perlu dikunjungi! Selain itu, cuba kunjungi galeri seni Auckland, Queen Street, Ponsonby Road, Parnell dan Newmarket untuk pengalaman terbaik membeli-belah anda. Nikmati udara yang segar di Albert Park, pusat bandar Auckland.
- Ottawa, Canada
Berada di sempadan Quebec merupakan bandar cosmopolitan yang selamat dikunjungi jika anda suka membeli belah! Tidak perlu mengupah pengawal peribadi sendiri, ByWard Market merupakan tempat wanita boleh membeli-belah tanpa sebarang kerisauan.
Handmade jewelry, butik pakaian dan tempat makan yang pelbagai semuanya berada di satu destinasi sahaja!
Jika anda kunjungi negara ini semasa musim panas, ambil peluang untuk berkelah dengan roti dan keju di sini. Jangan lupa juga untuk kunjungi National Gallery Canada, Parliament Hill dan ‘Golden Triangle.
- Helsinki, Finland
Pusat bandar Finland ini salah sebuah negara yang mempunyai kota yang memuatkan populasi seramai 1,300,000 orang. Selamat untuk dikunjungi pelancong wanita, merupakan tempat untuk menikmati struktu arkitek, membeli-belah, galeri seni dan muzium.
Kalau anda berpeluang mengunjungi bandar ini ketika musim sejuk, pakaian Nordic pasti memberikan kehangatan di badan anda. Anda juga berpeluang untuk melihat Northen Lights Scandinavia yang terkenal di bandar tersebut.
- Perth, Australia
Pada setiap tahun, hampir 6,000,000 pelancong pergi ke Perth’s Kings Park yang sesuai dikunjungi ketika musim panas dan inginkan ‘sweet escape’ daripada kehidupan bandar.
Pastikan anda berpeluang untuk mengunjungi ke Perth Cultural Center dan Cottesloe Beach, serta melihat surfer di Scarborough Beach.
- Oslo, Norway
Bercuti tanpa sebarang kerisauan, pusat bandar Norwegian ini merupakan destinasi pelancongan utama anda! Mempraktikan masyarakan egalitarian, Oslo memberi peluang kepada anda untuk menikmati pelbagai budaya di sini!
Jangan lupa juga untuk kunjungi Frogner Park yang meletakkan 200 ukiran yang diperbuat daripada gangsa, granite dan iron. Terdapat beberapa muziumjuga yang perlu dikunjungi di negara ini!
Jika anda mencari hiburn di malam hari, Norway menyediakan pelbagai tempat yang moden dari kelab malam ke 20 teater dan opera house.
- Hilo, Hawaii
Siapa yang tidak tahu akan negara ini! Lari sebentar daripada kehidupan di bandar dan kunjungi Hilo, pulau terbesar di Hawaii. Selain melakukan aktiviti surfing anda juga berpeluang untuk mendaki di Akaka Falls State Park. Teruskan mendaki dan anda akan mendapat ganjaran, menikmati keindahan air terjun setinggi 400 kaki.
Jika ada tiada alahan kekacang, pastikan anda kunjungi ke Mauna Loa Macademia Nut Corporation kerana di sinilah tempat mereka menghasilkan coklat macadamia nut.
Selepas perayaan Easter, Hilo akan sesak dengan festival Monarch, yang meraikan ‘ancient’ dan moden ‘hula’.
Melancong dapat membuka minda anda dan memberikan nikmat yang tidak terhingga. Ambil peluang anda dan mengembara secara solo ke 7 bandar yang tertera!
[SUMBER]