Jika anda merupakan peminat siri Gossip Girl, anda mesti menyukai fesyen Blair Waldorf lakonan Leighton Meester. Fesyennya lebih klasik, sofistikated dan juga penuh warna-warni. Boleh dikatakan, fesyen Blair Waldorf memerlukan anda mengambil risiko dan tidak kisah akan pendapat orang. Yakin dan keberanian adalah key word.
1. COLOR COORDINATE
Walaupun Blair sentiasa memasangkan corak yang berbeza bersama-sama tetapi ianya sentiasa diselaraskan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai percikan warna merah dalam pakaian, anda mungkin boleh selaraskan dengan gincu bibir rona merah yang hampir sama. Ini adalah satu cara untuk berpakaian malah berfesyen seperti Blair Waldorf.
2. KEEP IT SLEEK AND CHIC
Apabila berpakaian seperti Blair Waldorf, always keep things chic. Sebagai contoh, jika anda memilih hitam jadi gayakan hitam from head to toe. Dan sentiasa sesuaikan dengan signature seperti headband ataupun headscarf, malah boleh juga dengan tumit tinggi dari rona terang.
3. PROFESSIONAL AND SOPHISTICATED
Satu perkara yang pasti tentang fesyen Blair Waldorf, dia sentiasa kekal stylish, professional, dan semestinya sophisticated. Untuk mencipta gaya sebegini, apa yang perlu anda lakukan ialah memasangkan blaus bersama pencil skirt rona gelap, dan penambahan aksesori berwarna seperti headband, purse ataupun scarf. Tadaa! Anda sudah sedia untuk ke pejabat.
4. DARE TO MIX & MATCH
Blair yang tidak pernah takut untuk bereksperimen dengan warna dan corak yang berbeza. Bila anda lihat kemunculannya di skrin, pasti anda kagum akan setiap padanan fesyen yang digayakan, ianya cukup hebat dan stail sekali. Mungkin anda rasakan pelik tetapi jika yakin dan berani, anda akan kelihatan cukup baik sekali.
5. ALWAYS SAY YES TO FLORAL
Floral merupakan salah satu fesyen pilihan Blair. Disesuaikan lagi dengan iklim di Malaysia yang panas dan lembap setiap tahun jadi floral merupakan satu trend yang sesuai dipakai sepanjang tahun. Idea mencampurkan dan padanan dua keping bunga yang berasingan tetapi masih mempunyai warna yang selaras, cukup menarik. Jika anda merasakan ‘sesak’, cuba sesuaikan dengan floral top dipadankan dengan skirt rona hitam.
6. BE DARING WITH COLOR
Satu lagi perkara yang membuatkan orang ramai begitu sukakan Blair adalah kerana dia begitu berani. Bukan sahaja disebabkan perwatakannya malah ketika berfesyen juga. Contoh terbaik, Blair cukup berani mengenakan red tights ketika diawal siri malahan juga cetakan yang cukup menggerunkan. Dia tidak takut untuk membuat kenyataan fesyen malah langsung tidak kisah jika anda orang yang berpaling kepala ketika dia melepasinya.