Kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa berjam-jam dalam kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja, menguruskan keperluan hidup seharian atau bertemu dengan kenalan. Bau yang tidak menyenangkan, seperti bau peluh kasut senaman, tumpahan kopi, makanan bungkus, muntah anak kecil yang sakit mahupun asap rokok, boleh mengganggu pemanduan kerana bau yang tidak diingini ini boleh kekal lama dalam kereta anda.
Jadi, 6 petua ini untuk mengekalkan kesegaran udara dalam kereta
1. Pastikan kereta bersih dari sebarang sampah.
Bersihkan kereta anda setiap hari dan jangan biarkan makanan, minuman, kertas tisu terpakai dan barang lain yang boleh menyebabkan bau tidak diingini terpengap dalam kereta anda. Jadikan ini satu amalan untuk memastikan kereta anda tampak bersih dan berbau segar.
2. Vakum celah-celah yang sukar dicapai
Tahukah anda bahawa bau tidak menyenangkan dalam kereta boleh meresap ke dalam fabrik tempat duduk dan fabrik lain dalam kereta anda? Pembersih vakum boleh membantu menyedut habuk dan debu kotoran yang berkumpul selama berminggu-minggu dalam kereta anda, terutama sekali di celah-celah tempat duduk.
3. Bersihkan lapik alas kaki selalu
Lapik alas kaki cepat kotor, lebih-lebih lagi dalam keadaan jalan dan cuaca di Malaysia. Anda boleh mengambil tiga langkah mudah setiap minggu – keluarkan lapik alas kaki kereta anda, buang habuk dan letakkan semula ke dalam kereta anda.
4. Jangan merokok dalam kereta
Bau asap tembakau mudah meresap ke dalam fabrik ruang dalaman kereta anda dan bau ini amat sukar untuk dihapuskan.
5. Keringkan payung anda yang basah
Kebanyakan pemandu Malaysia menyimpan payung dalam kereta untuk kegunaan apabila hujan atau panas. Jangan lupa untuk mengeringkan payung anda selepas menggunakannya pada hari hujan kerana kelembapan boleh meresap ke dalam tempat duduk dan lantai, seterusnya menyebabkan bau yang tidak diingini.
6. Dapatkan penyegar udara kereta Glade
Glade menawarkan lima wangian yang berlainan termasuk I Love You, Lavender Marine, Morning Freshness, New Car dan Ocean Escape, untuk memenuhi pilihan peribadi anda. Dirumus khusus untuk persekitaran dalam kereta, ia menawarkan satu penyelesaian yang berkesan dan menyenangkan untuk memastikan pemanduan anda sentiasa menyegarkan lagi menyeronokkan.