1. Insomnia
Penggunaan telefon pintar seperti permainan video, melayari internet dan sebagainya secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti tidur anda. Ketagihan media sosial misalnya akan membawa kepada tabiat berjaga malam dan akhirnya menyebabkan masalah kekurangan tidur dan keletihan.
2. Melemahkan daya ingatan
Terlalu bergantung kepada teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang efektif.
3. Media sosial membawa kepada kemurungan
Setiap status dan perkongsian yang anda lihat di newsfeed boleh mempengaruhi mood anda. Ia boleh jadi berpunca daripada status-status negatif , berita yang anda tidak suka atau boleh jadi juga disebabkan perasaan cemburu membaca gambar dan status kegembiraan rakan-rakan anda.
4. Budaya memuatnaik gambar #Foodporn
Menurut kajian, melihat gambar-gambar seperti ini di laman sosial anda menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan anda sendiri. Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.
5. Penyebaran kuman
Telefon pintar anda boleh jadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor dari pemegang berus tandas dan kita sedia maklum bahawa kuman boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Jadi pastikan anda membersihkan telefon pintar anda secara kerap.
Kredit imej : fastcodesign.com