Berikut adalah langkah-langkah yang lima tindakan anda merasa kurang letih dan lebih berjaya di penghujung hari anda :
1. Minum air lemon suam .
Memulakan hari anda dengan lemon suam untuk penghidratan dan proses penghadaman yang baik.
Baca : Kebaikan minum air lemon suam setiap pagi.
2. Menggerakkan badan .
Stretching, yoga atau apa sahaja senaman ringkas yang menggerakkan badan mampu memberi lebih tenaga, melegakan tekanan, dan menenangkan minda sebelum memulakan hari anda.
3. Bertafakur
Mulakan hari dengan niat yang positif ,ini akan menaikkan mood anda sepanjang hari. Cuba katakan kepada diri sendiri yang anda akan melakukan kerja dengan lebih baik berbanding hari semalam. Tarik nafas dan senyum. Ataupun cuba gambarkan perkara yang indah-indah selama dua minit sebelum mulakan kerja. Hari anda tentu akan jadi lebih ceria.
4. Jadual tugasan anda .
Buat senarai tugas yang perlu diselesaikan hari ini. Seeloknya buat senarai ini setiap minggu. Jadi lebih mudah untuk anda merancang dalam menyelesaikan tugasan anda dengan lebih teratur. Letak tanda pangkah pada senarai tugasan yang sudah diselesaikan.
5. Makan sarapan (dan pek makan tengah hari !) .
Susah untuk bekerja secara produktif ketika anda sedang lapar. Jadi sibuk bagaimanapun, pastikan sarapan menjadi masa makan wajib untuk anda.
Selalunya masa makan tengahhari yang ditetapkan cuma satu jam. Jadi lebih baik anda pek sahaja makanan tengah hari anda dan makan di pejabat sahaja. Jimat masa dan wang.