Di Malaysia, makanan yang mampu menambat hati ramai ini dipanggil apam balik, namun berbeza di Indonesia, mereka menggelar makanan tersebut sebagai martabak.
Kini, penjual martabak di Indonesia semakin kreatif, maka terhasilnya variasi martabak yang cukup unik dan enak. Nah, kami senaraikan 5 tempat yang menyediakan martabak terbaik di Jakarta!
1) Martabak Boss
Martabak Boss ini cukup unik kerana mereka menyediakan martabak hijau! Okey, ianya berwarna hijau kerana mempunyai rasa pandan. Melihatnya sahaja sudah cukup membuatkan kita rasa lapar dan ingin cuba merasai Martabak Boss yang meliurkan ini.
2) Martabak 65A Pecenongan
Martabak 65A merupakan salah satu pencipta Martabak Toblerone yang pertama. Menurut sumber, martabak ini harus dicuba walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menunggunya disiapkan, kerana ianya cukup berbaloi.
3) Martabak San Francisco
Martabak jenis ini pula seperti martabak biasa di Malaysia. Mereka menyediakan pelbagai jenis martabak seperti daging black pepper, smoked beef, tuna, sosej dan juga sayuran.
4) The Playground
Martabak di sini cukup unik dan menyelerakan. Dicipta hasil gabungan bersama makanan ala Barat, martabak ini sememangnya menjadi pilihan para muda belia.
5) D’Marco Menteng
Gambar di atas merupakan martabak Ice Cheeseberry. Bayangkan, ia dibuat menggunakan strawberi, keju, coklat dan juga aiskrim! Mesti cuba!
Sumber: Vemale.com