Siapa empunya diri yang cantik bertudung bawal satin selaku teraju utama drama Hati Perempuan yang kini bersiaran di slot Akasia TV3? Pelakon Mia Ahmad mungkin akan lebih dikenali dalam bidang lakonan tanahair selepas membintangi watak utama dalam drama berjudul Hati Perempuan. Sebelum ini, Mia turut tampil dalam beberapa drama mahupun telefilem, namun dilihat jarang mendapat publisiti media cuma rezeki menyebelahi dirinya sejak membintangi drama Hati Perempuan. Ramai seperti ingin tahu siapakah empunya diri pelakon iras Shila Amzah ini.
Dalam drama Hati Perempuan, Mia Ahmad memegang watak utama sebagai Yuhanis iaitu seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co yang cuba dipikat oleh Tengku Zaril lakonan Syarul Ridzwan, jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding.